Monday, May 22, 2017

Epilog:Fatih Nukman



Ya Allah Ya Tuhanku
Ampunilah dosa-dosa ku yang lalu

Ya Allah Ya Tuhanku
jauhkan aku dari melakukan perkara mungkar.

Ya Allah Ya Tuhanku
Ampunilah dosa kedua ibubapaku

Ya allah Ya Tuhanku
Ampunilah dosa, keluarga ku, sahabat-sahabatku, serta seluruh ummat Islam samada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.

Ya Allah Ya Tuhanku
Hanya kepadaMu tangan ini diangkat..
Menadah memohon agar dipermudahkan segala urusan aku di dunia dan di akhirat kelak.

Ya Allah Ya Tuhanku
Jika ada kebaikanku yang mampu mengganti kesihatan Fatih Nukman
Gantikanlah

Ya Allah Ya Tuhanku
Jika ada pahala dalam amalanku yang teramat sedikit ini mampu menyenangkan Fatih Nukman
Berikanlah (Engkau Tuhan yang Maha Memahami apa yang didalam hatiku)

Ya Allah Ya Tuhanku
Berikanlah kami suami isteri kekuatan..jika ini ujian dariMu
Aku redha tetapi ringankanlah bebanan isteriku.

Ya Allah Ya Tuhanku
Janganlah digundahkan hati insan yang lemah ini.
Janganlah diuji dengan sesuatu yang tidak mampu kami menahannya

Ya Allah Ya Tuhanku
Isteriku telah banyak berkorban melebihi apa yang aku sebagai suami tidak mampu beri
Engkau kuatkanlah beliau. Engkau permudahkan segala urusan beliau.Engkau rahmatilah beliau.

Ya Allah Ya Tuhanku
Aku merintih disini kerana ingin menjadikan peringatan buat diriku 
Insan yang hina ini tiada tempat bergantung melainkan mengharap pertolonganMu
Aku merintih disini kerana ingin menjadikan kenangan buat anak-anakku pabila mereka dewasa kelak, mereka tahu betapa kami sebagai ibubapa amat menyayangi mereka.

Ya Allah Ya Tuhanku
PadaMu kami memohon dan padaMu kami meminta.

22Mei2017
Tak terucap dimulut dinukilkan disini.


Reactions:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons