Friday, August 11, 2017

Belasungkawa : Kartunis Lengkuas

Assalamualaikum

Innalillahiwainnailaihirojiun.

Hari Jumaat yang mulia ini telah berangkatnya kartunis tersohor "Mat Despatch" aka Lengkuas ke negeri abadi.

Aku agak terkejut dengan berita ini..sekembalinya aku dari hospital Putrajaya..ketika merehatkan badan disofa terpandang satu posting oleh kartunis tersebut..

Aku terus tunjukkan pada isteri..Lengkuas atau nama sebenarnya Zainuddin ada pertalian kekeluargaan dengan isteri..lebih mesra dipanggil Yang Ju oleh keluarga terdekat.

Aku minat pada komik beliau Mat Despatch yang dah berpuluh tahun bersama dipersada komik tempatan..seolah-olah ikon buat diri beliau.

Semoga Allah merahmati roh beliau.

Al-Fatihah.

Monday, May 22, 2017

Epilog:Fatih Nukman



Ya Allah Ya Tuhanku
Ampunilah dosa-dosa ku yang lalu

Ya Allah Ya Tuhanku
jauhkan aku dari melakukan perkara mungkar.

Ya Allah Ya Tuhanku
Ampunilah dosa kedua ibubapaku

Ya allah Ya Tuhanku
Ampunilah dosa, keluarga ku, sahabat-sahabatku, serta seluruh ummat Islam samada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.

Ya Allah Ya Tuhanku
Hanya kepadaMu tangan ini diangkat..
Menadah memohon agar dipermudahkan segala urusan aku di dunia dan di akhirat kelak.

Ya Allah Ya Tuhanku
Jika ada kebaikanku yang mampu mengganti kesihatan Fatih Nukman
Gantikanlah

Ya Allah Ya Tuhanku
Jika ada pahala dalam amalanku yang teramat sedikit ini mampu menyenangkan Fatih Nukman
Berikanlah (Engkau Tuhan yang Maha Memahami apa yang didalam hatiku)

Ya Allah Ya Tuhanku
Berikanlah kami suami isteri kekuatan..jika ini ujian dariMu
Aku redha tetapi ringankanlah bebanan isteriku.

Ya Allah Ya Tuhanku
Janganlah digundahkan hati insan yang lemah ini.
Janganlah diuji dengan sesuatu yang tidak mampu kami menahannya

Ya Allah Ya Tuhanku
Isteriku telah banyak berkorban melebihi apa yang aku sebagai suami tidak mampu beri
Engkau kuatkanlah beliau. Engkau permudahkan segala urusan beliau.Engkau rahmatilah beliau.

Ya Allah Ya Tuhanku
Aku merintih disini kerana ingin menjadikan peringatan buat diriku 
Insan yang hina ini tiada tempat bergantung melainkan mengharap pertolonganMu
Aku merintih disini kerana ingin menjadikan kenangan buat anak-anakku pabila mereka dewasa kelak, mereka tahu betapa kami sebagai ibubapa amat menyayangi mereka.

Ya Allah Ya Tuhanku
PadaMu kami memohon dan padaMu kami meminta.

22Mei2017
Tak terucap dimulut dinukilkan disini.


Wednesday, April 19, 2017

Flora and Fauna :Xiaomi Mi5

Salam,
Another sharing from a great phone Xiaomi MI5
Hope u will enjoy this.

Device : Xiaomi Mi5
DIY Lens for capturing macro.
Post Process: Snapseed (What a great Apps)

Thanks for viewing!!!



















Wednesday, January 11, 2017

Xiaomi Mi5 : Mobile Photography : Landscape

 Salam

Untuk tahun baru..aku nak share hasil gambar dari Xiaomi Mi5 dan edit menggunakan aplikasi Snapseed. Agak lama dibiarkan kosong blog ni so nak penuhkan dengan gambar-gambar je kot. NEXT!!!










LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons