Wednesday, November 9, 2016

Alhamdulillah : Bersediakah kami?

Salam,

Lama sungguh rasanya aku tinggalkan blog ni bersawang, 270 darjah berpusing bila aku mula menanggung tugas selama beberapa bulan ni. Masih belum berganti jawatan Penolong Jurutera Elektrik disini.


Humairah semakin cerdik, mulut tak henti2 bertanya itu ini..dah mula pandai telefon guna aplikasi whatsapp..mengamuk bila tak dapat sesuatu..pendek kata melalui hari2 berlalu terasa sungguh pantas. Sedar tak sedar Humairah dah 2 tahun 8 bulan.."dont grow up so fast Humairah" itu yang sering kali terdetik difikiran aku bila melihat teletah Humairah.


Semalam seperti biasa kami ber video call..kadangkala Humairah cuma main didepan kamera tak bersembang pun, sama la dengan aku buat hal masing-masing tapi masih video call. Mungkin dia nak merasa ayah tu dekat. Ada masanya terleka buat sesuatu tak sedar anak tunjukkan sesuatu sambil menjerit2 panggil "ayah tengok ni, ayah..." bila tak sahut atau dia perasan mata aku tak pandang kamera mula la dia menjerit panggil aku dengan nada marah. hehehe.




Dalam Humairah semakin membesar terfikir juga sampai umur berapa Humairah nak main sorang2, dah boleh kot kalau bagi Humairah adik?hehehe Kami takde la merancang sangat cuma ikut kesesuaian masa dan keadaan..Sekarang kot, tahun depan kot atau 2 tahun lagi? Tapi usia makin meningkat tak menunggu. Tengok kawan2 ada juga yang dah dari 1 ke 2,3..4 pun ada tau semua hero sebab yang last kembar dua hahaha senang beranak sekali je dapat bonus 1+1.


Semalam isteri aku tunjukkan something.."tengok ni apa ni"..ok rasa macam kenal..dua jalur bertanda merah jelas nampak..Aku terkedu seketika..agak lambat untuk otak aku memproses kenyataan tersebut. Alhamdulillah...

"Kita perlukan satu list barang macam dulu, takpe dalam blog ade" itu yang aku cakap pada isteri.

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni’mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (ni’mat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”.

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons