Wednesday, August 24, 2016

Langkah Perlahan Bukan Terhenti

Salam,


Freeletics

Banyak benda yang aku buat tak mencapai target..Freeletics contohnya..Bulan Ogos ni la aku bermula tahun lepas..Selepas setahun berlalu resultnya hampeh..alasan utama, aku berhenti.

Asalnya sebab kena batu karang dan alasan kedua MALAS. itu perkataan yang paling sesuai untuk aku tulis sebagai alasan. So dalam masa setahun ni..setelah berhenti seketika dan adakala bertahan sehari dua berat badan masih lagi kekal begitu..

Awalnya dulu berat badan aku 93KG dan turun sehingga 85KG..selepas berhenti seketika naik ke 87KG dan kekal sehingga kini..Memang ada azam untuk memulakan kembali, Buang lagi 5Kg at least la..tapi belum bergerak lagi..dua minggu lepas aku kembali buat Freeletics kemudian bertangguh lagi. 

Tugasan semakin bertambah dan aku selalu terlelap awal bila balik dari kerja. Pernah satu hari tu aku tidur masih lagi dengan baju kerja diatas sofa seawal jam 8.30 malam. 

So bila nak mula? InsyaAllah dalam masa terdekat ni. End of story.

Batu Karang

Alhamdulillah takde lagi sakit2 punca batu karang ni..walaupun pernah ada sekali terasa tapi tak seteruk sebelum ni.. Malah kalau ikutkan punca aku berehat juga datang daripada sakit batu karang ni.. Habis semua aktiviti bersenam aku tangguhkan..rasa trauma sikit hahaha. 

So far Alhamdulillah dah takde..aku banyakkan minum air..kurangkan makan masin dan aku tak ingat bila kali terakhir aku makan pekasam..makanan fevret tu..Aku tak kata makan pekasam puncanya tapi pekasamkan tinggi kandungan garam. Adalah lebih elok dikurangkan, walaupun sedap sangat pekasam goreng dengan cili kering letak pulak bawang..makan dengan nasi putih panas2..pergh kecur pulak rasa..

Tanggungjawab Bertambah

Lepas je kawan aku bertukar ke Perpustakaan Negara, bermula cerita aku menanggung tugas beliau. dalam tak sedar dah hampir tiga bulan aku tanggung tugas bermula Jun lepas. 

Tiga tajuk besar tu semuanya aku dah cerita dalam entry sebelum ni..ulang benda yang sama je..maknanya hidup aku ni membosankan hahaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons