Tuesday, June 14, 2016

Ramadan Yang Dirindui

Salam

Alhamdulillah aku antara jutaan umat islam yang diberi peluang berjumpa lagi dengan Ramadan bulan seribu rahmat.

Bila sebut je Ramadan ramai yang akan bertanya, bazaar mana best?baju raya dah ada?tema tahun ni warna apa? Jarang kite jumpa orang tanya masjid mana yang terawih ada kuliah?siapa ustaz yang jadi imam?..

Tetapi dalam persiapan dan persoalan tentang masa depan dunia ramai yang tidak bersiap untuk masa depan yang abadi..jangan kata orang lain, aku sendiri pun hanyut ditelan ombak nafsu tenggelam dalam dasar dan langsung tak timbul hehehe.. 
Langsir yang tak pernah bertukar sejak duduk di kuarters 

Sudah berkira-kira juga apa tema tahun ni sebenarnya..terawih terbabas je walaupun bukan memandu..masih lagi dipandu nafsu 11 bulan yg lepas..akhirnya bila tiba saat Ramadan berlalu, menyesal...terfikir..berjumpakah lagi dengan Ramadan tahun hadapan?

Ramadan kali ni agak letih bila terpaksa menanggung kerja..mi band aku sering bergetar seawal petang bermakna aku mencapai target 10k langkah sehari..kalau sebelum ni tambah dengan senaman baru capai target..

Thursday, June 2, 2016

Love and Hate

Salam,

Entah bila la dapat aku luangkan masa kembali memenuhi blog ni dengan coretan mengarut aku lagi. Well kerja macam biasa kalau cerita sampai esok pun tak habis...

Esok hari last seorang staff di bahagian aku..consider beliau kawan baik aku gak la...dia masuk kerja di KBS pun agak sama tempohnya dengan aku cuma dia masuk awal beberapa bulan sebelum aku mula melapor diri. Sama-sama belajar main kamera dulu bla bla bla.. sebelum ni beliau boleh dianggap pegawai atasan aku, selepas daripada kenaikan gred pelukis pelan kepada penolong pegawai senibina, aku dengan beliau berada dalam gred yang sama.

Oleh kerana esok hari terakhir dia, Isnin depan bermula la aku menyambung tugas2 beliau dan menanggung kerja.. hari ni pun dah mula take over..So double kerja bermula Isnin nanti..waaaaa....Rasa macam patut belajar ilmu Kage Bunshin No Jutsu dalam cerita Naruto tu..Teknik Pembahagian Bayang untuk cover aku yang hanya ade dua tangan..HAHAHAHA

Isnin juga ada lawatan tapak projek di Ipoh Perak..isnin jugak la hari pertama seluruh umat islam menyambut kedatangan Ramadan, semoga Allah berkati amalan kita semasa berpuasa dan Selamat berpuasa pada semua kaum muslimin..

Bila fikirkan puasa je terus rasa malasnya aku nak pi lawatan tapak dush dush dush..

Chayok Chayok Faiz owh gaji nak gred tinggi kerja nak malas2an ek hehhehe..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons