Tuesday, April 5, 2016

Asal Ada

Salam

Entry hari ni asal ada je selepas lama tak update apa-apa..kalau ikutkan banyak betul benda nak share (even takde orang nak baca) hahaha.

One word : Busy/ Malas okay thats two words

Hidup berjalan macam biasa, berat badan macam tu gak takde turun, naik semula sedikit demi sedikit..freeletics stop-tak tau bila nak sambung last buat pun 4 hari lepas..itu pun lepas 5 weeks doing nothing. Betulla orang cakap nak laju buat sorang-sorang nak pergi jauh buat berkawan..

Last week pergi gym sehari je..dah lama tak workouts badan rasa sakit sangat..cuma tak puas sebab hanya naik basikal, trackmill lepas tu main equipment gym..Rasa macam tak seteruk buat freeletics. freeletics ni walaupun tempoh buat paling sekejap (ikut kemampuan masing-masing) 6-7minit je tapi kepenatan dengan seluruh badan yang bergerak memang rasa sejam di gym seolah-olah biasa. Sejam di gym peluh cuma menitis atas trackmill je..

Humairah pulak dah cecah usia dua tahun 31 Mac lepas..dalam masa seminggu ni, ibu dia mengadu Humairaha asyik mengigau panggil ayah..suruh telefon ayah..nangis-nangis sebut ayah...Agaknya bila dah besar ni dah tau rindu-rinduan kat ayah. Sampaikan ibu dia terpaksa call kalau dia mengamuk nak ayah, lepas tu dia diam la..menyusu then tido..Kesian..sayu pun ada mengenangkan si comel tu.

Adik aku 2 hari lepas bergelar ayah selepas isterinya bersalin..aku belum berkesempatan jenguk anak saudara aku..Baby girl..kawan Humairah..Tengok gambar comel je..mana ada baby tak comelkan?hehehe Parents aku sekarang berkampung dirumah aku nak melihat cucu diorang. Bila tengok baby rasa macam nak bagi Humairah adik tapi mengenangkan situasi sekrang masih lagi duduk berasingan kesian pulak isteri aku..Walaupun ada kawan-kawan yang dah mula potong kat corner..Hahaha rezeki masing-masing..Allah dah tetapkan..

Wah sekali menulis rasa macam tak nak berhenti walaupun tengah sibuk buat penilaian tender..ni bukan sambil menyelam minum air dah ni..ni tahap menyelam tak timbul-timbul dah Wakakaka.

Okay insyaAllah ada rezeki aku menulis lagi..terlalu banyak perkara nak diabadikan..tapi 24jam sehari aku nilainya menyusut sekalipun orang lain dapat putaran masa yang sama. 

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons