Tuesday, January 12, 2016

Semangat Yang Hilang

Salam,

Enty pertama  bagi tahun 2016. nak cerita pasal ape ek?hahaha.. Banyak throwback yang boleh dikongsi bersama tapi biasalah awal-awal tahun ni kerja tu agak pantas sikit perlu disiapkan.

Apa cerita dengan freeletics?So far dah 9minggu aku stop doing Freeletics (berdasarkan login terakhir). Memang aku nak teruskan, insha Allah secepat yang mungkin. Itu pun selepas sakit pinggang aku hilang (masih sakit dan malas ke hospital untuk check).

Sabtu yang lepas, aku cuba kuatkan semangat dan buat senaman ringan sekadar satu pusingan.. dah mulai terasa tahap stamina kembali menurun, berat badan juga dah bertambah semula akibat tak menjaga makan. Ada rasa sedikit trauma dengan sakit perut bila perut kosong..Sejak isnin minggu lepas aku sakit pinggang then perut terasa sakit perut punca daripada aku tak makan malam, bukan sengaja untuk berlapar cuma malam tu rumah aku kosong takde apa2 yang boleh aku masak. Maklum la cuti panjang sangat sebelum ni. Bila balik sampai dari Tapah perut dah masuk angin dengan penatnya dan akhirnya jadi la sakit pinggang dan sakit perut ni..

Ada jugak aku terfikir semenjak aku berdiet (bukan diet tak makan ye) tukar pola pemakanan dan bersenam menjadi-jadi pulak sakit aku ni. Sebelum ni elok je, takde pun nak sakit perut bagai.. Disebabkan tu la semangat untuk teruskan usaha agak menurun. Aku perlukan masa (dalam masa yang sama akan terus membesar hehehe) untuk pulihkan semangat. Bila sakit perut je habis semua jadual, pantang pun entah kemana. Kesihatan dicari tapi sakit jugak yang datang...

Semoga Allah permudahkan segala urusan aku dan beri kesihatan yang baik untuk aku, keluarga, ibu bapa dan sanak-saudara..


Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons