Thursday, January 28, 2016

Ujian : Sakit Batu Karang

Salam

Akhir nya hari ni aku gagahkan diri ke klinik jugak. Setelah berjumpa dengan doktor dan buat ujian urine serta darah, ternyata dalam urine aku ade bercampur dengan darah. Mengesahkan kemungkinan aku ada batu karang. Alhamduillah masih tak kritikal sebab kalau betul-betul ada batu karang aku akan sakit yang tak mampu untuk berjalan. Maknanya ada batu karang tapi halus itu yang menyebabkan aku rasa sakit sekejap-sekejap.
___________________________________________________________________

Ubat Gastrik pun dapat sama

Itu karangan hampir 2 minggu lepas. Aku terus balik kampung walaupun tiada rancangan untuk balik mulanya. Tujuan aku balik kampung nak berubat cara kampung dengan bapak mertua aku, kebetulan kakak ipar aku cakap dia pandai berubatkan batu karang. Setelah mencari barang-barang yang diperlukan untuk berubat dan alhamdulillah mudah urusan aku cari keperluannya. Ayah aku juga pengamal perubatan islam Darussyifa so ada 1 bahannya ada ditanam disekitar rumah takde la aku teruk mencari.



Selesai berubat bapak mertua aku agak hairan sebab nampak macam takde kesan ape-ape..aku kena batu karang ni pun doktor macam tak pasti je batu karang ke ape sebab takde tanda-tanda kebiasaan yang biasa jadi pada pesakit batu karang. Aku buang air kecil tak sakit..Itu sebab doktor kata mungkin masih kecil lagi.

Seminggu berlalu, Alhamdulillah hari kedua berubat je sakit pada pinggang aku dah hilang. Aku masih trauma bila malam menjelang, aku takut sakit tu datang dan aku tak mampu untuk tidur..Setiap kali buang air aku sentiasa tengok kalau ade apa-apa malah aku siap tadah dalam bekas untuk kepastian. Mula la terfikir sakit apa sebenarnya aku ni.
batu yang keluar mula-mula

Jumaat lepas aku balik ke Tapah dalam perjalan aku singgah di Shell tol Duta sebab rasa nak terkucil, masa tu la mula-mula aku nampak ada benda pelik keluar sama. Aku kutip benda tu, sah benda tu batu karang sebab terasa seperti pasir..Aku rasa Alhamdulilah dah keluar..takde pun sakit macam orang selalu cakap..

Sampai Tapah pulak lepas menempuh hujan lebat dan kesejukan memang terasa sangat la nak buang air kecil. Elok je masa tengah sedap memancut (hahaha) tetiba je terasa ada benda dan kali ni memang aku menjerit sebab tak jangka langsung..Kelam kabut isteri aku dekat luar tanya kenapa...memang sakit betul kali ni nak cerita pun tak reti. keluar seketul lagi dan kali ni agak besar. Sebesar 1cm gak la batu yang keluar.

batu karang yang keluar kali kedua..

Bapak mertua aku tanya, ini mesti kamu dah habiskan airnya. Yup Khamis tu hari aku habiskan minum air yang bapak mertua aku sediakan. 

Sekarang dah dua minggu sakit dah hilang, Alhamdulillah. Cuma terasa seolah-olah masih ada lagi..mungkin luka kot..Ayah aku pesan kena ubah cara pemakanan selepas ni walaupun aku tak tau ape yang aku nak ubah dah. dan jangan lupa untuk banyak minum air.sebab batu karang ni boleh jadi semula bukan one off hehehe. Selepas ni insyaAllah aku nak kembali bersenam..hasil timbangan terbaru agak membimbangkan wakakaka ada tambahan lagi..




Tuesday, January 12, 2016

Semangat Yang Hilang

Salam,

Enty pertama  bagi tahun 2016. nak cerita pasal ape ek?hahaha.. Banyak throwback yang boleh dikongsi bersama tapi biasalah awal-awal tahun ni kerja tu agak pantas sikit perlu disiapkan.

Apa cerita dengan freeletics?So far dah 9minggu aku stop doing Freeletics (berdasarkan login terakhir). Memang aku nak teruskan, insha Allah secepat yang mungkin. Itu pun selepas sakit pinggang aku hilang (masih sakit dan malas ke hospital untuk check).

Sabtu yang lepas, aku cuba kuatkan semangat dan buat senaman ringan sekadar satu pusingan.. dah mulai terasa tahap stamina kembali menurun, berat badan juga dah bertambah semula akibat tak menjaga makan. Ada rasa sedikit trauma dengan sakit perut bila perut kosong..Sejak isnin minggu lepas aku sakit pinggang then perut terasa sakit perut punca daripada aku tak makan malam, bukan sengaja untuk berlapar cuma malam tu rumah aku kosong takde apa2 yang boleh aku masak. Maklum la cuti panjang sangat sebelum ni. Bila balik sampai dari Tapah perut dah masuk angin dengan penatnya dan akhirnya jadi la sakit pinggang dan sakit perut ni..

Ada jugak aku terfikir semenjak aku berdiet (bukan diet tak makan ye) tukar pola pemakanan dan bersenam menjadi-jadi pulak sakit aku ni. Sebelum ni elok je, takde pun nak sakit perut bagai.. Disebabkan tu la semangat untuk teruskan usaha agak menurun. Aku perlukan masa (dalam masa yang sama akan terus membesar hehehe) untuk pulihkan semangat. Bila sakit perut je habis semua jadual, pantang pun entah kemana. Kesihatan dicari tapi sakit jugak yang datang...

Semoga Allah permudahkan segala urusan aku dan beri kesihatan yang baik untuk aku, keluarga, ibu bapa dan sanak-saudara..


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons