Wednesday, December 30, 2015

DIY Parking Garage Untuk Humairah

Salam

Mungkin ini entry terakhir untuk tahun 2015 Masehi sebelum bermulanya tahun baru 2016.

Actually cerita ni dah basi pun..tak ingat dah berapa lama aku siapkan untuk anak aku Fatin Humairah main kereta-keretanya. Idea asal aku tengok dalam facebook kemudian isteri aku mintak aku lukiskan untuk dia lot parking untuk anak main susun kereta. Entah macamana tetiba je aku semangat rasa nak buat then datang idea macam dalam gambar.




Masa sebelum siap lagi Humairah dah teruja menggangu aku untuk siapkan lot parking ni.
Kemudian bila dia tidur dapat la aku siapkan tanpa gangguan. Bila terjaga je dia dari tidur dan tengok dah siap punya la teruja siap keluar suara lagi wooo wooo dengan muncung2 mulut dia (Humairah masih belum boleh bercakap)




Pakai baju lawa sikit ayah nak ambil gambar hehehe

Wednesday, December 9, 2015

Cabaran 100 Hari : The End And The Beginning

Salam,

Lambat update kali ni..

Akhirnya berjaya jugak habiskan 100 hari mencabar diri sendiri. Bangga jugak la bila berjaya dan bersabar menempuh cabaran 100 hari ni.

Fasa ke tujuh dan fasa terakhir ni tamat pada17hb November 2015 untuk lebih tepat 100 hari tamat pada 19hb November.

Dua minggu terakhir iaitu masa fasa ke 7 ni dihabiskan dengan rehat panjang tanpa sehari pun bersenam. 

Sepatutnya aku lebih bersemangat untuk habiskannya, menutup fasa ke 7 dengan sakit perut melampau yang akhirnya menyebabkan sakit pinggang. Seminggu sakit perut tak tahu punca (tak pergi hospital mana nak tau-jenis malas nak ke hospital) kemudian melarat sampai sakit pinggang..samada cedera akibat high jump..dan macam2 lagi kemungkinan aku sangka (yang aku google). Sakit buah pinggang, kencing manis, batu karang semuanya seolah-olah berkaitan dengan kesakitan yang aku alami. Malah ini bukan kali pertama baca SINI

Akhirnya terpaksa akur..aku kena berhenti seketika dari meneruskan aktiviti senaman.

Kelmarin aku ada mulakan senaman ringan..masa buat lompat bintang terasa ada sengal sikit dipinggang. walaupun dalam keadaan normal aku tak rasa macam tu. Semalam terasa otot kaki sedikit sakit kesan senaman kelmarin sedangkan sebelum ni tak pernah rasa macam tu walaupun selepas aku buat senaman yang berat.. Mungkin kesan daripada rehat yang panjang. hampir tiga minggu tanpa aktiviti senaman..

Setiap hari tanpa buat senaman, freeletics terutamanya buatkan aku rasa kurang lengkap hari aku. Aku tak nak penyakit malas datang menghinggap. Tapi dah sakit nak buat macamana..

**Punya la lama aku menaip tapi aku tak mampu habiskan akibat sibuk dengan tugasan pejabat..maklumlah hujung2 tahun. sepatutnya dah siap post entry kali ni dua minggu lepas rasanya..

Baru-baru aku ajak abang sepupu aku datang ke rumah saja jemput untuk makandengan anak-anak. Abang Sepupu aku cerita pasal gastrik lepas tu aku tanya simptom gastrik tu macamana..Sebijik macam yang aku rasa masa sakit perut. Agaknya aku pun dah terkena gastrik kot, mungkin sebab cara diet tak betul..Tapi aku makan 5kali..elok je takde aku biarkan perut aku kelaparan lama-lama. Entah la..tapi buat masa ni memang aku berehat dulu daripada aktiviti senaman dan diet.

Aku makan seperti normal (walaupun masih cuba untuk berdiet) untuk pantau tahap badan aku..betul ke aku tak mampu berlapar dah? Ade sekali aku terasa lapar kemudian tak lama lepas tu aku mula rasa sakit perut yang ringan..macam signal..harap-harap tak la serius sakitnya, macam buah pinggang ke, batu karang ke..apa-apa penyakit yang berat la..

Bila nak mula balik bersenam?

Yang ni soalan killer..sehari dua ni jujur cakap la aku malas nak bersenam..semangat dah mula pudar. Tak puas hati sebenarnya dengan result Cabaran 100 Hari ni..turun 8kg je dalam tempoh 3 bulan.

Apa pun kesihatan kene utamakan..

Thursday, November 5, 2015

Fasa 6 : Cabaran 100 Hari


Salam

Selasa 3hb November 2015 tamat sudah fasa ke 6 dan bermula fasa ke 7 yang juga fasa terakhir dalam cabaran 100 hari aku.

Aku nak terus cerita result fasa ke 6. Resultnya tetap sama dan jarum penimbang tetap kekal pada angka 85kg!!!

Aku akui memang minggu-minggu sebelumnya aku agak down tapi setelah 6 minggu berada dalam result yang sama semangat untuk teruskan semakin kuat sekarang ni. Agak mustahil untuk aku mencapai target BMI yang ideal hanya dalam baki 2minggu saja lagi. Tapi sekurang-kurangnya aku dah berjaya ubah cara hidup aku selama beberapa minggu. Malah bila berakhirnya cabaran 100 hari ni nanti aku berjaya capai target menamatkan 100 hari cabaran yang dibuat sendiri.


Soal tercapai target penurunan berat ideal tu dah bukan matlamat utama lagi..apa yang penting usaha untuk mencapainya tanpa berhenti separuh jalan dan mengubah lifestlye yang bertahun pasif dalam melakukan aktiviti senaman.

Selama berlangsungnya aktivti senaman ni, bila tak buat je senaman ada rasa bersalah. Bila tak berjaya habiskan rutin dalam apps Freeletics rasa macam argh..aku tak cukup kuat lagi ni. Sehabis mungkin berusaha untuk ikut dan habiskan rutin senaman. 


Biar pun kadang-kadang tak dapat lawan masa terbaik rutin sebelumnya tapi tak mengapa yang penting adalah berjaya selesaikannya. You never stop before you finish it! itu antara kata-kata semangat free athlete lain yang berada diseluruh dunia yang sama-sama gunakan apps Freleetics.

So sebelum habisnya fasa ke 7 yang juga fasa terakhir dalam cabaran 100 hari ni aku dah come up dengan backup plan. Lebih kepada untuk meneruskan matlamat sehingga tercapainya BMi ideal, bukan lagi menetapkan sasaran harian, mingguan atau bulanan. So tak kira berapa lama masa yang diperlukan, aku hanya akan berhenti (InsyaAllah) sehingga aku mencapai target baru BMI ideal!!!

Dibawah adalah maklumat aku pada 28/10/2010 masa ujian kesihatan.

Weight:-               80kg!!! OMG beratnya aku!
Height:-                169cm
BMI:-                   28
Blood Preasure:-  149/88 (Tinggi gila blood presure tapi masih ambil mudah bab kesihatan)
Glucose:-             5.2
Body Fat:-           27.8%

Ini Backup Plan Aku :

Atleast sehingga hujung tahun ni aku nak capai berat 80kg, sama seperti 5 tahun lepas. Walaupun target asalnya aku berjaya kurangkan sehingga 77Kg pada akhir cabaran 100 hari. Bayangkan hanya dengan masa yang singkat aku berjaya dapat berat 5 tahun lepas. 5tahun lemak terkumpul dibuang kurang daripada 6bulan. Bukan ke itu pencapaian yang baik jugak?



So apa lagi alasan boleh dicipta kalau bukan bermula hari ini?Esok baru nak mula?Lusa baru nak mula?alamatnya orang lain dah sampai dulu ke arah matlamat diorang sedangkan kita masih ditahap itu je.

Mula               : 93KG
Ending Fasa 1 : 89KG
Ending Fasa 2 : 87KG
Ending Fasa 3 : 85KG
Ending Fasa 4 : 85KG
Ending Fasa 5 : 85KG
Ending Fasa 6 : 85KG(Latest result)

TAMAT FASA 6 : Bermula Fasa 7 :FASA TERAKHIR !!! Bukan yang Terakhir Juga.

Never Stop Dreaming! 
Never Stop Figthing!

Wednesday, October 28, 2015

Merekod Jadual Harian

Salam,

Jumaat lepas sampai ke hari ni, aku berehat dari melakukan aktiviti senaman. Keadaan badan tak mengizinkan. Demam, selsema dan batuk. Tanda badan perlukan rehat selain daripada kesan jerebu yang masih lagi tak berkurangan.

Alhamdulillah sehari dua ni hujan mencurah-curah di bumi Putrajaya ni. Hari ni jerebu nampak agak berkurangan.

So berbalik kepada aktiviti senaman yang berkurangan, aku merancang untuk buat jadual susulan sehingga aku capai target yang dikehendaki. Rasa macam jauh ketinggalan bila tengok result, apa lagi bila banyak pulak alasan demi alasan dibuat untuk tutup kelemahan sendiri. Ada masa aku makan bukan hanya sayur pada waktu malam dengan alasan aku perlu "reset" semula.

Plateau yang masih berterusan (atau sekadar alasan sebab berkurangnya aktiviti senaman) secara positifnya aku rasa akan terus kekal sebagai result untuk fasa ke 6 ni. Hahaha

Contengan dekat kalendar office

Tapikan bila badan tu sendiri bagi signal untuk aku berehat maknanya aku memang perlukan rehat tersebut. Tujuan utama ialah untuk sihat bukan menambahkan sakit..Sakit badan sebab bersenam tu tak termasuk kategori sakit ye Jangan cipta alasan nak mengelat je hahaha...

Dah masuk 5 hari berehat pun tak best jugak, hati tu meronta-ronta nak buat Freeletics tapi terbantut. Semalam aku cuba untuk warming up tapi mengah sangat rasa..Batuk ni buatkan dada rasa kene tekan cepat penat..so aku ambil pendekatan (cara nak sedapkan hati) hari ni sambung rehat lagi.. Tunggu sampai betul-betul sembuh. Badan tu nak REHAT..Dia dah bagi signal tu weh..Takkan la tak reti-reti lagi kot.

Maka bersambung la sesi merehatkan diri...

Never Stop Dreaming!!!
Never Stop Figthing!!!

Tuesday, October 20, 2015

Fasa 5 : Cabaran 100 Hari

Salam,

Hari ni berakhir fasa ke 5..Sedar tak sedar sudah 10 minggu berlalu atau pun 70 hari. Sekejap je rasanya tinggal 2 fasa lagi..

"Perkara yang paling susah ialah untuk mengambil langkah pertama"

Andai kata aku takde kesedaran dan tak bermula 70 hari yang lepas mungkin aku tetap berada pada tahap yang sama.

12 Ogos 2015 Tarikh mula cabaran 100 hari. Sehingga hari ni, beberapa dugaan dan cabaran yang aku hadapi. Antaranya sakit tumit kaki, sakit keting, rasa nak muntah bila buat workouts. Kata-kata yang menjurus kepada mempersendakan usaha aku. Tapi persetankan semua tu..sekarang semuanya dah ok..sakit dah takde, kata semangat yang kedengaran. Malah sudah ada yang terikut-ikut, diet dan bersenam atau ke gym.

Bila kita nak bermula memang agak susah nak ubah habit kita..dari sebelum ni bedal semua kepada menjaga dan memerhatikan setiap jenis makanan. Bukan senang tapi tak susah mana.

"The biggest challenge is to beat your self"

Dalam entry yang lepas klik SINI aku ceritakan bab berat statik. Mulanya aku anggap aku gagal displinkan diri sebab takde perubahan sepanjang fasa ke 4. Kemudian melalui hari-hari dalam fasa ke 5 dengan kurang bersemangat. Letih la, badan tak bertenaga la...secara tak langsung mempengaruhi jadual-jadual yang aku tetapkan sendiri.

Bukan mudah sebenarnya untuk terus kekal motivasi..ada terdetik untuk berhenti..cukuplah kot. Kenapa nak tahan-tahan diri daripada nak makan?nak memalas2kan diri..Salah ke? Apatah lagi bila tengok result pada hari terakhir fasa 5 ni. Tetap kekal 85kg tanpa sebarang penurunan!!!

Cuma bila dah melepasi separuh daripada target terasa sayang untuk berhenti. Dah masuk hari ke 70!!! Tinggal beberapa hari je lagi..kalau nak kecilkan angka hanya 4minggu, kecilkan lagi 2 fasa sahaja lagi. malah sebenarnya aku dah buat pelan tambahan seandainya 100 hari masih belum mencukupi..Aku tambah beberapa minggu lagi sebagai recovery plan.

Mula               : 93KG
Ending Fasa 1 : 89KG
Ending Fasa 2 : 87KG
Ending Fasa 3 : 85KG
Ending Fasa 4 : 85KG
Ending Fasa 5 : 85KG (Latest result)

TAMAT FASA 5 : Bermula Fasa 6

Never Stop Dreaming! 
Never Stop Figthing!

Al-Fatihah

Salam,

Last Week minggu yang tak tau nak cakap macamana..Keluarga kami kehilangan tiga orang pakcik dalam tempoh masa berdekatan. 

Bermula pada hari rabu 14 Okt 2015, Ayah We atau pun Pak Long sebelah ayah kembali ke Rahmatullah..Aku sempat ziarah keluarga hanya setelah semuanya selesai.

Keesokannya Khamis 15 Okt 2015, Pakngah  sebelah mak aku pula yang meninggal di Taiping. Lusanya 16 Okt 2015 Jumaat, Alang sebelah isteri pulak pergi meninggalkan kami..

Sesunggunya mati itu janji setiap insan bergelar manusia pada Allah tuhan yang Maha Mencipta. Entah esok lusa kita pula..Adakah kita bersedia untuk berpindah ke negeri abadi?

Semoga Allah tempat roh-roh mereka bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh

Thursday, October 8, 2015

Hari Sukan Negara #harisukannegara

Salam 

Jom sambut hari sukan negara



Fasa 4 : Cabaran 100 Hari : Mahu Berhenti?

Salam,

Semalam bermula fasa kelima tapi agak kecewa dengan result fasa ke empat. Berat aku tak turun seperti yang diharapkan. Tapi sebenarnya aku rasa punca daripada sini. Boleh baca entry sebelum masa Raya Aidiladha. Fasa 4 ni aku banyak sangat mengelat..cheatday..everyday..jadual makan entah kemana. Bersenam entah kemana. So still nak harapkan result yang baik? Memang tak la kan..


Walau macamana pun aku tetap teruskan rutin yang dah tersasar. Kali ni aku cuba push lebih dari sepatutnya, akhirnya makan diri..Mungkin akibat overtraining, aku keletihan..yang membuatkan performance aku menurun..badan jadi letih sangat-sangat. Then mula fasa kelima dengan rasa yang amat-amat malas..Senaman ringan pun buatkan aku sedikit mengah...

Selesai je fasa ke empat berat aku tetap sama. Berdiri diatas penimbang angka tak menunjukkan kurang atau bertambah. Adakah ini yang orang panggil PLATEAU?itu pun selepas kebetulan aku terbaca pasal berat statik dalam website. Selain daripada kemungkinan aku berada pada tahap paleau atau berat statik, aku ambil kira juga jumlah hari aku bermalas-malas dekat kampung dan tak lupa juga jadual pemakanan yang banyak aku langgar.



Bergaya dengan baju sponsor

Sekarang aku terfikir untuk ulang semula atau pun buat jadual baru untuk pemantauan. Sama ada bayar hutang hari-hari yang tertinggal dengan memanjangkan lagi tempoh cabaran 100 hari. Secara mentalnya aku sedikit down dengan result fasa empat walaupun sedar realitinya aku yang salah hahaha. Tambah down bila bersenam tapi hilang semangat, performance yang sepatunya meningkat mula menurun.

So aku mula cari bahan bacaan..dimana silapnya. Aku simpulkan beberapa perkara :

- Senaman yang sama
- Overtraining
- Langgar jadual makan (ini yang aku rasa punca utama)
- Kurang rehat (tidur lewat 1-2pagi baru nak lelap, esok pagi bangun mengantuk dan bersenam)

JANGAN LUPA HARI SUKAN NEGARA SABTU 10/10/2015

TAMAT fasa 4-Bermula fasa 5

Berat fasa 3 = 85KG
Berat fasa 4 = 85KG (latest result)

Start and Finish it!!!
Never Stop Dreaming ! Never Stop Figthing!

Thursday, October 1, 2015

G-Shock : Tambah Satu Lagi

Salam

Entah sejak bila tetiba je minat pulak dengan jam G-Shock ni. Bila join Group dalam facebook lagi la teracun. Yang tak bestnya pakai jam mahal tapi tak pandai hargai masa hehehe Pedih sungguh..

GD-400DN (warna oren biru)

Jangan Kelam Kabut

Salam

Apa yang pelik dalam gambar ni?Ni cerita bila kelam kabut pagi-pagi nak pergi kerja..Dalam perjalanan hujan pulak habis basah kuyup..ni la nasib rider macam aku..Ironinya dah sampai office baru perasan. Sabar jela..


Wednesday, September 30, 2015

#Throwback:Selamat Hari Raya Aidiladha

Salam

Macam dah lewat pulak nak ucapkan selamat hari raya aidiladha hehehe orang yang pi haji pun ada yang dah selamat sampai Malaysia. First nak share gambar lemang dan rendang..Meleleh..Bukan tengah diet ke? Opss.. cannot resist ma..Hancur diet aku, memang ke laut dalam la impian dan cita-cita nak kurus camni hahaha. Tak habis disitu je ada lagi, nak tau? baca sampai habis.



Proses membancuh beras pulut dengan santan
 Malam Khamis sibuk menyiapkan lemang dengan rendang, letih gak la kejar balik Rabu tu, pi beli barang persiapan..Pagi raya dah terbongkang keletihan..Humairah pun meragam malamnya tak boleh tidur sebab makan jagung. Dia memang tak tahan makan jagung tapi mak aku bagi jugak walaupun aku dah larang. Orang tua apa yang cucu nak semua bagi cakap lebih nanti kecik hati, dosa pulak jadi anak derhaka... Sebelum ni pun macam tu, dia makan jagung malamnya meragam bagai nak rak..sakit perut punya pasal. 

Dah la sekarang ni kalau nangis2 aku tak boleh nak pujuk dah, asyik nak ibu dia je. Yang bestnya tempat tidur aku pun dah kena tawan dengan Humairah, dia mengamuk siap tendang2 ayah dia ni. Terpaksa la aku mengalah bagi ruang pada dia nak berkepit dengan ibu dia. Kalau dia terjaga malam je dia nampak aku sebelah ibu dia memang sengaja dia datang menyelit..Aku perati je dua tiga hari ni hahaha.

Elok je main dengan kakak Maisarah sepupu dia.

Family Potret

gaya yang macam-macam dari Humairah.

 Baju raya Aidiladha tetap pakai baju Raya Aidilfitri je, takde la pulak beli baju lain. Cuma tetap sama pakai sehari suntuk dari pagi ke petang tak bertukar uniform.

Tengahari kami balik semula ke rumah mak aku.. Humairah ni sebenarnya tak nak duduk rumah opah dia..Dia suka menangis, takut dengan pakcik dan makcik dia. Setakat ni tok dia memang tak merasa la nak pegang dia..Opah pun paksa je ambik dia.

So balik kali ni aku duduk lama sikit dekat rumah mak aku. Bagi Humairah serasi sikit, takde la nak menjerit je. Dia cuma nak ade kawan je, yang lebih kurang sebaya dengan dia. Macam kalau disebelah isteri aku ade adik Syakir dengan kakak Maisarah. Bila duduk lama baru la dia agak ok, boleh main dengan opah, dengan makcik-makcik dia..



Ini pulak cerita hari Sabtu. malam tu bapak mertua aku masak sup gear box dengan kaki lembu!!! Satu Periuk Besar wooo.

Bila dia suruh test je apa rasa sup tu terus potong segala macam jenis diet aku wakakaka. Memang terbaik der..Bapak mertua aku memang pandai masak, skill dia tu bagi cukup rasa setiap masakan. Selalunya yang aku perhatikan dia akan cakap "tak sedap" "tak masak elok" samada sengaja cakap ke atau tekak dia yang tak sedap atau itu ilmu dia hehehe.


Ini hanya sedikit yang aku belasah. Lidah dengan daging bahagian leher.


Tuesday, September 22, 2015

Berakhirnya Fasa 3

Salam,

Hari ni berakhirnya fasa 3 minggu ke 6 dalam jadual Cabaran 100 Hari aku. Kenapa 100 hari?kenapa tak 200 hari ke setahun ke?

Ok. Bukan tak boleh tapi biar target kita realistik. nak capai 100 hari pun mungkin putus asa tengah jalan apa lagi nak sampai setahun. So realistik dan tak rasa kita jauh dari target. Alhamdulillah 42 hari telah berlalu.

Hari ni start consume Alfalfa Shaklee(baru dapat)..entah macamana kesan consume alfalfa ni, sebab aku ada baca pasal "healing process" kalau makan Alfalfa ni. Malas nak terangkan panjang lebar sebab aku pun google je.

Actually dalam minggu ni aku rasa berat aku tak turun walaupun aku cuba workouts lebih lagi. Aku rasa takde apa-apa perubahan walaupun jarum penimbang menunjukkan angka menurun. Adakah sebab rutin aku tu tak cukup? Adakah sebab aku makan lebih?(resistant to  foods is arghhhhh)

Fasa ke 3 tamat hari ni, esok masuk fasa ke 4..Bayangkan kalau aku tak bermula langsung?padahal dari tahun ke tahun aku berazam..semuanya hanya tinggal azam hahaha dan aku bersemangat bercerita pada sesiapa saja apa yang aku tengah usahakan ni..Pada aku ianya satu motivasi untuk aku tak sekadar cakap kosong.

Minggu ke7 Here I Come!!!
Latest Result :85KG
Ada banyak lagi yang perlu aku buat!

Friday, September 18, 2015

Selepas 100 Hari

Salam

Ada yang bertanya selepas habis 100hari apa pulak?boleh makan ikut suka?berhenti bersenam?

Jawapan aku tunggu selepas 100 hari tu dulu..sampai atau tak target aku. BMI ideal itu target aku. At least berapa berat aku bila capai 100 hari tu. Itu yang aku nak tau..Soal makan ikut diet atau tak selepas ni kena tengok pencapaian aku nanti.

Tak sabar jugak sebenarnya nak tengok hasilnya..Latest result berapa turun sekarang? Belum tamat lagi fasa ketiga so nanti akan update lain..Aku sebenarnya terfikir untuk tak update setiap kali tamatnya fasa dua minggu tu tapi aku rasa ianya bagus untuk motivasikan diri sendiri. Boleh pantau keberkesanan workouts atau rutin yang aku buat.

So far Alhamdulillah aku rasa lebih bertenaga walaupun tanpa supplemnt. Takde dah rasa letih macam sebelum ni..Yang penting rehat kena cukup walaupun kadang2 aku tidur lewat tapi masa rehat kat office aku tidur sekejap orang kata apa power nap?

But hari ni aku start consume Shaklee lama dah order dengan officemate hari ni baru dapat. Lecithin Shaklee dengan Alfafa (masih belum dapat) sebab aku baca ramai yang suggestkan dua jenis supplement ni dalam membantu menurunkan berat badan sekaligus kekal bertenaga. Tengok jela hasilnya workouts + supplement. Actually aku dah mula rasa tak perlu makan supplement ni, sebab badan dah mula dapat rentak yang baik. Cuma sebab aku order hari tu dah lama dekat 3 minggu takde tanda2 berminat untuk belikan untuk aku, kemudian aku mintak sorang lagi officemate belikan, sama jugak senyap la, sibuk la. Tup tap hari ni je dah ada, terpaksalah bayar hahaha dan teruskan je dengan order Alfafa.

Ada perkara yang tak bestnya dalam tengah semangat ni..Jerebu..argh!!! aku tak leh jogging kat luar..memang senaman yang aku buat sekarang ni tumpuannya dalam rumah tapi ada jenis workout yang memerlukan ruang untuk berlari..Tak dapat aku nak try rutin baru. Memang la boleh je kalau nak jogging gak tapi daripada aku keluar sedut asap luar baik lagi duduk rumah isap rokok. Sama je.Hahaha..

Wednesday, September 9, 2015

Fasa Ketiga Minggu Kelima

Salam

Done fasa kedua semalam. Hari ni start la fasa ketiga dalam minggu  kelima. Tak sangka masih lagi meneruskan cabaran 100 hari.

Sabtu lepas dalam pukul 2-3pagi tetiba aku sakit perut yang teramat sangat. Rasa macam perut aku kena pulas dari dalam berkerut jugak la muka aku menahan sakit. Akhirnya aku jumpa petua masa google2 cara nak menghilangkan sakit perut. Minum air tepung gandum...yup air tepung gandum. Aku masukkan dua sudu tepung gandum kemudian kacau dengan air panas dan minum tanpa ragu-ragu. Baru la agak lega. Mungkin kesan minum teh hijau plus lapar.

Teh hijau ni memang baik untuk diet, mesti ade dalam menu orang yang berdiet. Tapi mungkin ramai yang tak tau kesan sampingannya. Terutama bila perut kosong, teh hijau akan menggalakkan asid perut lebih banyak so memang boleh sakit perut la. (rujuk sumber internet) Agaknya itulah punca aku sakit perut.

Esoknya masa bangun tidur aku masih lagi terasa sakit tapi lebih kepada kesan sakit bukan sakit macam awal pagi tu. So hari ahad jadi fullday rest aku. Hari ni masuk hari keempat, sakit perut takde tapi macam sakit dipinggang pulak..kalau masa sakit perut terasanya didalam depan kali ni sakitnya disebelah belakang. Macam ada sesuatu yang tembus dari depan ke belakang.

Sakitnya bukan kuat tapi cukup sekadar rasa tertinggal dibahagian belakang. Adakah saling berkaitan aku pun tak tau. dah la aku jenis malas nak ke hospital atau klinik untuk check. Hipotesis aku mengatakan maybe sabtu tu aku heavy sikit dalam rutin senaman. Maybe aku tak cukup panaskan badan, maybe masa senaman aku buat dengan cara tak betul.

Semalam pun sebelum mula workouts aku sapu minyak panas..Rasa sakit tu semacam hilang dan aku boleh buat workouts, cuma aku buat upper body je berbanding full body sebelum ni.

So berapa result terbaru? akhir fasa kedua Alhamdulillah aku berjaya turunkan 2kg lagi. Berat aku sekarang 87kg berbanding 2minggu lepas 89kg. Kenapa sikit turun kali ni?Entah la mungkin penurunan awal sebelum ni berat air yang turun, sebab aku ubah cara pemakanan dan bersenam. Fasa kedua ni pun aku tak buat macam masa mula start dulu. 2minggu straight takde rest day. Then dalam fasa kedua ni banyak sangat menipunya dalam bab makan hehehe.

Fasa Pertama  - 93kg
Fasa Kedua    - 89kg
Fasa ketiga     - 87kg

Monday, September 7, 2015

Freeletics-Motivasi

Salam

Actually dalam pada usaha aku menurunkan berat badan, aku mengGoogle2 la alam maya senaman yang efektif sampai la aku jumpa Freeletics dalam Youtube. Perubahan dalam masa 15 Minggu dan aku cakap WOW!!!Semangat gila tengok video freeletics ni.

Apa itu Freeletics?
Freeletics ni senaman yang menggunakan berat badan sepenuhnya tanpa perlu peralatan. Boleh buat didalam rumah dan ada beberapa rutin yang memrlukan untuk kita keluar berlari.

Okay, mulanya aku tengok2 ape itu Freeletics..tanpa aku tau jadual sebenar freeletics yang pergh...kejam woooo..Burpees 50x? 10x burpees pun aku dah nak pengsan apa lagi 50x..dan rutinnya sehingga 5 set dengan total 150x burpees!!!

Menyerah kalah sebelum mula?

Owh kali ni mungkin tak..cuma (masih ada alasan) buat sekadar yang termampu. Aku jumpa Training Guide Freeletics Cardio and Strenght dalam bentuk pdf. Dari Training Guide tu ada jadual rutin selama 15 minggu, jenis senaman, berapa ulangan untuk setiap senaman. Contohnya : 

APHRODITE

5 Rounds                     Round 1              Round 2              Round 3          Round 4           Round 5

Burpees                         50                       40                        30                  20                    10
Squats                           50                       40                        30                  20                    10
Situps                            50                       40                        30                  20                    10

Minggu Pertama hari ketiga dah kena start..Okay boleh bayangkan?Hari pertama pun nak kena pushup 50x!!! satu round dan ade 4 rounds.. Selagi tak cuba mana kita tau setakat mana kita mampukan?

Korang yang berminat dengan Freeletics ni boleh google, download aplikasi dalam playstore (untuk android). Rupanya Freeletics ni dah ada base di Malaysia. Korang boleh singgah dalam Facebook untuk maklumat lanjut. Ada juga cawangan kat Putrajaya ni rupanya.

Thursday, September 3, 2015

Bukan 2 tapi 4

Salam

Last week aku ceritakan result daripada senaman selama 2 minggu. Penimbang menunjukkan 89KG tapi aku playsafe dengan mengambil kira faktor plus minus 2.0 yang aku sendiri tak faham. 

Khamis lepas juga aku balik ke Tapah, malamnya aku ajak isteri pergi timbang dekat pasaraya TF tempat mula-mula aku timbang 93KG!!!! Apa yang mengejutkan aku bukan 2kg tapi 4kg sebenarnya turun dalam tempoh 2minggu (lebih tepat 16 hari).

89.1kg!!!

Normal ke turun 4kg?Entah la..
Selamat ke turun 4kg dalam masa 16 hari?

Dah timbul persoalan macam tu la pulak..risau pun ada.

Rutin aku cuma workout pagi setengah jam, workout malam setengah atau sejam. Makan memang jaga walaupun terbabas je. Contohnya pergi kenduri staff kat office aku belasah nasi minyak dua pinggan!! Sedap sangat woo.

Bila di google2..kena tengok BMR la, DCR la tetiba pening.. BMR ni Basal Metabolic Rate, DCR pulak Daily Calorie Requirement. Jangan kurang dari BMR kalori pemakanan seharian..tapi kurang dari DCR takpe.

Contoh BMR aku 1796Kalori/Sehari (kira guna kalkulator internet je) DCR pulak 2783kcal, So aku kena makan kurang dari DCR.. dekat sini aku pening..banyak benor kiraan.. Penting ke tau pasal BMR? dari bacaan aku, penting..sebab kita tak nak organ badan gagal berfungsi dengan baik disebabkan tak cukup kalori.

Tuesday, August 25, 2015

14 Hari-Fasa Pertama Cabaran 100 Hari

Salam

14 hari dah berlalu sejak aku mulakan cabaran 100 hari hehehe. Diet yang tiba-tiba berubah, dari makan nasi pagi, tengahari dan malam sekarang aku hanya makan tengahari sahaja. Boleh bayangkan tak betapa terseksanya jiwa raga bila terpaksa tinggalkan benda yang kita suka hahaha. 

Boleh dikatakan setiap kali tengahari dah jadi waktu yang ditunggu-tunggu. Walaupun masih makan nasi waktu tengahari aku ambil hanya dalam kuantiti separuh atau kurang dari kebiasaan. Aku cuba elakkan makanan yang berlemak dan banyak minyak. Kadang-kadang aku ceduk juga sesenduk gulai rebung,daging salai masak lemak ni. Nak gak rasa...bab ni memang lemah sikit nak kawal.

Masa bersenam.

Setiap pagi aku akan bersenam sebelum pergi kerja sekitar 15-30 minit. Sekadar cukup untuk mengeluarkan peluh. Malam pun aku merutinkan diri supaya bersenam sekitar 30-60 minit (mana yang mampu). Dalam cabaran 100 hari ni, dalam mana-mana pembacaan aku, mesti minum banyak air!!! 2-3liter sehari. Sebab kalau kita bersenam kita akan terhidrat sebab mengeluarkan peluh dan badan perlukan air yang cukup untuk membantu proses penurunan berat badan. 

Masih lagi mencari menu.

Aku masih lagi mencari menu yang sesuai, sarapan tak tinggal walaupun beberapa keping biskut bersama air teh O/kopi O/Susu. (gula cuma satu sudu atau kurang). Kemudian aku akan pastikan aku makan biskut atau kunyah apa-apa cukup untuk lapik perut sementara menunggu tengahari. Jam 4 sekali lagi aku makan biskut dengan minum air kosong je. Malam pulak sebelum workout kalau ada rasa lapar aku akan makan buah, kalau tak lapar aku terus workout then lepas tu baru makan biskut, oat, sup sayur atau buah bersama green tea/kopi O/Susu. (Kopi akan buat kite tidur lewat so jangan minum lebih2 pulak/juga sebagai ganti fat burner) .

Biskut
Buah
Oat
Nasi
Sayur
Susu segar
Sandwich Sardin

Jenis workout.

Sepanjang 2minggu ni aku buat cardio/strenght workouts macam jumping jack, pushup, crunch, wall sit, burpees, mounting climb dan beberapa lagi. semua cara senaman tu aku ambil dari internet je. Aku tampal kat dinding contoh-contoh bergambar then buat yang mana aku suka.

Aku ada download apps untuk smartphone SWORKIT pro, dalam apps tu ada contoh video jenis-jenis senaman serta boleh setkan masa senaman serta menunjukkan data berapa kalori kita bakar sepanjang masa senaman tersebut. Cuma bila ikut senaman dari apps tu memang terasa letihnya mungkin sebab lebih teratur.

Kesan.

Selepas bersenam of coz badan akan rasa lebih bertenaga, tetapi senaman yang berlebihan hanya akan memenatkan. Jangan sampai tak larat nak buat senaman seterusnya. Tahu bila untuk rehat juga penting pada pandangan aku. Contohnya hari ni, aku jadikan hari untuk berehat..Maknanya pagi tadi aku dah skip satu sesi senaman. Mungkin malam ni pun sama sebab aku rasa badan aku sakit-sakit terutama dibahagian belakang, maybe beban yang aku angkat lebih atau senaman aku lebih dari sebelum-sebelum ni. lagi pun hari ni berakhirnya satu fasa dalam cabaran 100 hari aku. Yeah dah 14 hari atau 2 minggu aku berusaha.

Result.

Tiba masa untuk tahu apa hasilnnya selama dua minggu ni, menurun ke, menaik ke atau langsung takde perubahan?

First aku timbang 93KG!!! tapi ni penimbang kat pasaraya sebelum aku beli penimbang sendiri. Mungkin resultnya berbeza sebenarnya. Penimbang yang aku beli ni pulak ada plus minus kalau berat lebih 60kg. Yang ni aku kurang faham. plus minus 2.0..maybe tambah 2kg atau kurang 2kg dari apa yang tunjuk kat penimbang tu.

So berapakah kadar penurunan atau kenaikan untuk fasa pertama?

Bila aku berdiri je dekat penimbang tu, analog menunjukkan 89KG!!! What ? 93kg-89kg=4kg!!!! biar betul sampai 4kg aku turun? So setelah aku ambil kira plus minus 2.0 aku anggap la 89 perlu tambah 2..

91KG. Penurunan sebanyak 2KG!!! Secara purata dalam seminggu aku berjaya turunkan 1kg dan ia adalah penurunan selamat dengan cara diet serta senaman. Minggu ni aku balik Tapah aku nak gunakan penimbang yang sama dalam pasaraya tu..Aku nak tengok betul ke turun atau sekadar ralat pada mesin penimbang Mydin ni wakakaka (bukan jenama Mydin la)

Harap-harap aku boleh teruskan dengan cabaran 100 hari ni..bukannya lama sangat un..100 hari je..atau 14 minggu atau paling pendek 3 bulan kalau nak dikecilkan angkanya hahaha.

P/S: Apa yang aku buat hanya melalui pembacaan sahaja. takde yang guide aku..So mungkin pemahaman aku salah.

Monday, August 17, 2015

Supplement Atau Tak?

Salam,

Masuk hari ke 6 melepasi hari ke 5 semalam dalam usaha aku menurunkan berat badan. Hahaha. Agak lawak sebenarnya..dah la bermula tanpa guide. Pandai-pandai sendiri. Aku tau macam salah cara aku ni, tanpa coach yang bagi guide jenis senaman dan jenis menu diet.

Tapi masih berharap ada result yang baik.

Sampai hari ni aku masih lagi mencari menu yang sesuai untuk diet. Yela apa yang boleh makan, apa yang tak boleh.

No1. Ada yang kata ko tak boleh makan nasi langsung. 

No2. Ada yang kata ko kena makan nasi sekali sehari bagi membekalkan karbohidrat yang cukup untuk badan.

Aku pilih no 2, sebab aku kena gak makan nasi. Kalau sehari tak makan nasi aku boleh gigil, so dalam tempoh 5 hari ni aku hanya makan nasi sekali pada waktu tengahari je. 

Sarapan mesti, WAJIB ambil setiap pagi untuk membekalkan tenaga waktu pagi selepas lama perut berehat. Aku rasa mana-mana coach pun memang suruh ambil sarapan tak kira sibuk macamana sekali pun. Cuma takde la melantak roti canai, nasi lemak, teh tarik atau segala macam jenis makanan yang tinggi kalorinya.

Kadang-kadang perasan tak lepas makan je kita akan tetap rasa lapar? Macam Sabtu lepas, aku bersihkan rumah, sapu sampah, kipas, dinding then mop lantai satu rumah. Sudahnya jam 4 aku baru jamah nasi. Tak berapa lama lepas tu rasa macam lapar sangat semula. Itu tandanya badan kekurangan air, kira macam badan ko sedang menipu ko..Aku cuba minum air lebih banyak dan rasa lebih baik.

Displin

Bab yang ni ramai yang fail..samada nak berdiet dalam makan atau paling berat senaman setiap hari.

Motivasi.

Bagi aku motovasi paling kuat ialah bila melihat diri sendiri dalam gambar, betapa tak sesuainya baju yang dipakaikan sekarang untuk digayakan. Kemudian datang sokongan dari isteri baru je cakap nak kuruskan badan dah dijanjikan reward. Kemudian aku tengok video dari youtube (freeletics) usaha yang dilakukan untuk kurus, tak lupa aku google web-web termasuk Kevin Zahri. tengok peserta-peserta yang telah berjaya. Dari situ datangnya semangat untuk berjaya macam diorang bukan lama pun tempoh masa daripada betapa lamanya aku menambah berat badan hahaha.

So berbalik kepada tajuk asal. Perlu ke aku makan supplement atau fat burner? Ada masa aku rasa macam aku letih sangat maybe kesan pengambilan makanan yang kurang daripada biasa dan workout. Aku sedang menimbang untuk mengambil supplement supaya aku terus kekal bertenaga dan sihat dalam workout-workout akan datang..

94 HARI LAGI.

Friday, August 14, 2015

Cabaran 100 Hari

Salam,

Semalam aku siapkan satu jadual. Jadual yang akan aku cuba ikut sepajang 100 hari atau 14 minggu bersamaan 3 bulan. Agak-agak boleh ke aku berjaya?

Memang dah lama sangat aku nak kuruskan badan, at least dapat menurunkan sedikit berat yang semakin dipam-pam ni. Hahahaha

Cuma kali ni, aku ada sedikit motivasi. Paling penting aku ada usaha kearah tu bermula dua hari yang lepas. Kalau sebelum ni aku sekadar bertekad tapi takde usaha. Insya Allah kali ni aku nak berjaya!!!



Apa yang membuatkan aku rasa kali ni mesti kena paksarela untuk berjaya? Aku berlari menaiki bukit tak sampai 50meter aku dah mengah separuh mati!!! Kesilapan ketara ialah meninggalkan aktiviti berat yang selama ni aku buat walaupun sekadar mengangkat dumbells di rumah. Alasan kerja dipejabat memenatkan tak boleh aku guna lagi.

Buat masa ni aku tak makan apa-apa supplements. Ada cadangan dari kawan supaya ambil supplements, sebab nak menampung keperluan badan yang akan dikurangkan dalam diet nanti. Ada sua orang lagi kawan aku yang baru start hari ni..tapi diorang dah ambil supplement Fat Burner Mega 2.0.. Aku tak berani lagi..kalau shaklee tu mungkin la kot..  So tengok dulu apa hasil dua orang member tu..Hehehe

Semoga aku boleh terus istiqomah la.

Monday, July 6, 2015

Puasa.

Salam,

Throw Back

Last week aku balik kampung konon-kononnya nak sambut Ramadan sama la..macam biasa sahur dan berbuka seronok bila ramai-ramai ni. Hari pertama berbuka sorang-sorang je, hati tu mula la rasa sedih sangat. Alhamdulillah dapat sampai ke Ramadan tahun ini itu yang sebak.

Masa duduk di kampung sempat aku berbual panjang dengan ayah aku berkenaan hal dan isu semasa. Tambah2 bab politik negara lagi panjang dibualkan. Aku suka bincang bab politik sebab ada yang aku belajar dengan ayah aku, bab kepimpinan, sejarah, tak lupa akan diselitkan strategi, rahsia dalam pentas politik dan paling penting hujah-hujah dengan ayat Al-Quran menguatkan lagi apa yang dibincangkan. 

Contoh paling mudah yang ayah aku bagi ialah bila ada orang cakap PAS ni bodoh sebab perjuangkan HUDUD sebelum menang dan tawan Putrajaya. Sedangkan kalau menang, PAS lebih mudah untuk laksanakan HUDUD siap konon-kononnya boleh buat iklan macam GST tentang HUDUD ni.

Kata ayah aku kalau tunggu menang apakah betul akan jadi HUDUD ni?kalau tunggu menang kenapa Nabi Musa tak tunggu Firaun mati je dulu sebelum Baginda sebarkan dakwah islam?Nabi Musa tu dibesarkan dalam istana Firaun tau. Nabi Muhammad jugak pernah ditawarkan jadi jadi raja asalkan tak sebarkan islam tapi Nabi tetap sampaikan dakwahnya walupun ditawarkan dengan kuasa. So adakah kita nak macam tu?Tunggu menang dulu la tunggu nak perintah negara dulu la..Sedangkan baru perintah sebuah Pulau pun ada yang berlagak dan jelas menolak hukum HUDUD.

Petang sebelumnya kami terima kunjungan dari sahabat lama ayah. Pakcik Harun. Ayah kepada Allahyarham Hafiz..Cepat je aku keluar menyambut beliau, aku rasa rindu dengan sahabat aku tu..Ada sedikit perubahan diriak wajah Pakcik Harun. Ayah kata Pakcik Harun teringatkan Hafiz bila melihat aku..Aku sesungguhnya mengerti..


Monday, May 11, 2015

Sambut Birthday 3 Beradik

Salam,

Rasa macam amaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa aku meninggalkan blog ni.. dah tak terkejar sekarang ni..Nikmat masa mungkin mula ditarik..hurm..

Hari ni pun dah hampir pertengahan bulan Mei, tapi cerita nak dikarang hujung bulan Mac..lama betul dah rasanya.

Sekadar nak berkongsi dan menyimpan gambar2 serta kenangan.  Aku dan isteri serta biras dan ipar, kami sama2 balik ke kampung untuk menyambut kehadiran baby baru disamping itu mengambil kesempatan menyambut birthday anak-anak yang lahir dalam bulan Mac. Baby Shakir pun lahir bulan mac..Senang betul sambut sekaligus.

Aku hadiahkan kereta kawalan jauh yang boleh naik untuk Humairah. Untung anak-anak zaman sekarangkan?tapi kita jugak la yang bagi so bukan salah diorang kalau diorang lebih manja berbanding masa zaman kita dulu-dulu. Tapi yang peliknya ayah yang excited lebih..ayah yang main lebih hahaha.



Dua beradik yang lain menumpang juga naik, seronok tengok diorang masing-masing nak naik..

Tuan punya badan tak heran sangat,maklum la dia punya.

Maisarah cube test drive..tudung adik tu lastnya isteri aku bagi dekat dia sebab comel sangat pakai.


Kek diorang, simple je...Beli kat Kilang Roti Segar. Dulu kilang ni femes woo sekarang kureng sikit, maybe orang dah banyak pilihan lain.

Sesi bergambar..hurm..semua pandangan ke lain.


Awal pagi lagi terjaga je Humairah terus dia menuju ke kereta baru dia. Tengok muka seronok tu..



Ni xtau kenape buat muka camtu hahaha


Sayangnya baby Shakir kena tahan wad sebab demam kuning yang tinggi, tak dapat ibu dia sambut sekali.


Tuesday, April 21, 2015

Jual gambar Online : Cashout

Salam,

Kalau sebelum ni aku ada buat entry psal jual stock gambar secara online, kemudian dia ade buat referal program sama means daftar dibawah nama aku. Letak iklan dalam blog atau web akaun kite akan dapat kredit sebanyak 5 dollar.

Selain daripad kredit dimasukkan setelah ada pembelian stock gambar, kita akan dapat juga komisyen daripada setiap gambar yang terjual melalui orang yang mendaftar melalui referal kita. Maknanya kalau korang daftar melalui link Register SINI kemudian gambar korang terjual, aku akan dapat sikit dari hasil jualan korang. paling sikit $0.02. tak pasti berape persen. Tapi setelah kumpul2 akhirnya aku dapat cashout gak.



Walaupun tak banyak (sebab aku tak letak gambar untuk dijual) sekurang2nya ada la jugakkan?jadila pendapatan pasif sebab hanya bergantung pada komisyen setiap kali orang "bawah" terjual gambarnya.

So apa lagi?daftar la kemudian jual gambar korang secara online. daripada simpan gambar-gambar korang yang cun melecun tu dalam harddisk je.

Boleh baca sikit bagaimana ianya berfungsi.

Promote the site and win $$$

What do you have to do? It's simple: recommend Dreamstime to as many people you can - friends, colleagues or relatives. Even competitors can bring you a share of their Dreamstime purchases or earnings! 10% of all sales made within the first 3 years from registration for each referred member, contributor or buyer. 
You can refer people by giving them the URL (any user coming to our site automatically becomes your referee) or by using the referral ID (any user entering this code in the registration form is automatically marked as your referee). You choose the method that suits you best: word of mouth, email, badge, banner, forum post, or referral link. No spam please. 
A $5 instant bonus may be received if you decide to display visibly banner badge on your site and you submit the URL using the field below. Submitted sites are reviewed for relevancy, usefulness and visibility given to the badge. Full referral terms and conditions are available here

Saturday, April 4, 2015

Sayang Fatin Humairah


Salam

Rasa sebak bila melihat gambar-gambar yang ibu kamu hantar pada ayah..samada kamu mengerti atau tidak perlakuan kamu tu sangat menyentuh hati ayah.

Tapi kadang-kadang geram jugak bila ayah ada dekat kamu lebih suka ibu hahaha mungkin sebab kalau dengan ayah kamu selalu kena buli.


Monday, March 16, 2015

Majlis Aqiqah Fatin Humairah

Salam,

Hari ni betul-betul ambil kesempatan nak berkongsi cerita selain daripada nak "menyimpan" kenangan secara digital.

Tuan punya kambing dengan ibunya hehehe
Sempena Tahun Baru Cina yang lepas (lambatnya update hehehe) kami buat majlis aqiqah untuk Humairah. Kalau ikutkan perancangan dah lama nak buat, sebelum ni pun kononnya nak buat sekali tiga keluarga. Maisarah, Mikail dengan Fatin Humairah. Itu rancangan asalnya.

Tapi sebab takde rezeki aku dulukan majlis untuk Fatin Humairah. 







Penat gile rasa walaupun cuma seekor kambing, mana tak penat semua buat sendiri..Lapah, potong, masak..nasib baik la ada adik-adik aku yang ramai tu..semua ada tanggungjawab masing-masing. 



Alhamdulillah bila dah selesai rasa lega sangat. Selesai satu bab. humairah pun dah nak setahun umurnya. Tak lama je lagi, tak tau nak bagi dia hadiah apa.





Ayah aku jadi pemerhati je, memang kami adik beradik nak merasa seronoknya buat semua sendiri..penat belakang cerita.

nak rasa macam orang zaman batu boleh la try pakai kulit ni hahaha

Black "Mental"

Bahagian ni yang paling best tulang rusuk!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons