Tuesday, December 30, 2014

Ujian :Banjir

Assalamualaikum

Lama tak update blog..maybe ini jadi entry akhir tahun 2014. Dibeberapa negeri sekarang berlakunya bencana alam iaitu banjir, paling terjejas teruk di Kelantan. Sedih bila melihat kemusnahan kediaman, harta benda..Bagi orang beriman ini adalah ujian dari Allah untuk hamba-hambaNya agar sentiasa bersabar.

Negeri kelahiran aku tak terlepas malah di kampung aku sendiri daerah Perak Tengah juga dinaiki air..Turut terlibat saudara mara aku yang menetap disitu..kawan-kawan..hinggakan terpaksa berpindah ke pusat pemindahan, akibat air naik walaupun tidak diparas bahaya tapi keadaan arus yang laju serta bimbang akan keselamatan anak-anak kecil diorang terpaksa juga pindah.

Aku sempat meninjau keadaan (gaya macam YB je mininjau2 hahaha) diorang di pusat pemindahan di SK Teluk Kepayang. Keadaan memang kurang selesa maklumla terpaksa duduk beramai-ramai..tapi aku tahu petugas dan sukarelawan dah buat yang terbaik setakat termampu. Semoga Alah membalas jasa mereka-mereka ini.

gambar2 banjir kemudian la..biar dah basi baru update hehehe

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons