Tuesday, November 25, 2014

Untuk Apa Hidup?

Salam,

Dari hari ke hari aku memikirkan(malah seringkali) terlalu kerap. Apa tujuan hidup aku?hari ini aku bangun pagi..bersiap untuk pergi kerja..dari jam 8.30 menjalankan tugas yang terkadang leka. Begitu juga hari yang seterusnya..mengulangi perkara sama saban hari.

Disebabkan itu sering timbul persoalan sebegitu. kalau tujuan hidup aku untuk memiliki rumah, aku belum punya. Tengok kawan-kawan beli rumah, berkongsi dilaman sosial. Terdetik juga "bila akan sampai masa aku?"

Melihat kawan-kawan menyambung pelajaran, aku tiada motivasi ke arah itu. 

Tetapi jika dibandingkan kalau itu tujuan hidup aku, terlalu kecil..Tak layak hidup sebagai manusia dibumi hanya kerana dunia. 

Aku mencintai dunia kerana aku sekarang punya Fatin Humairah..ada isteri sebaik Norazian membuatkan aku takut mati sedangkan itu janji yang pasti tak lewat tak juga cepat. Adakah itu juga tujuan aku hidup?untuk mereka?

Setiap kali aku balik dari kerja melewati surau dikawasan kuarters, hati terdetik..kenapa aku tak berada dalam saf tersebut? Malah sering mencipta alasan demi alasan untuk tidak berada disitu sekalipun dalam hati meronta dan jiwa perlukan sesuatu yang telah lama hilang.

Aku tahu jiwa yang kosong itu perlu diisi dengan ilmu rohani, amalan rohani. Nak melakukan amalan perlu ada ilmu. Malahan kalau ilmu itu ada tidak diamalkan juga sia-sia. Umpama pohon besar yang tidak berbuah. Itu ibaratnya Ilmu tanpa amal. 

Persoalan diatas ada jawapannya .
“Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepada Ku” 
(Az-zariyat:56)

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons