Monday, November 17, 2014

Blogger kena GST?

PEMILIK atau pengendali laman blog yang menjadikan blog sebagai sumber menjana pendapatan bakal dikenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada April depan.

Bagaimanapun, pelaksanaan sistem percukaian baharu itu hanya melibatkan blog yang mempunyai jualan perniagaan tahunan melebihi RM500,000.

Menurut sumber yang enggan dikenali  dari sebuah kementerian,  pengiraan RM500,000 itu bukan berdasarkan kepada jualan iklan semata-mata, tetapi melibatkan jualan perniagaan lain.

“Blog yang menyediakan ruang pengiklanan dan mengenakan caj ke atasnya, bermakna blogger itu terlibat dalam pengiklanan. Jika blogger itu dalam perniagaan lain, maka dia juga perlu berdaftar dengan GST,” katanya.

Bagi blogger yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), sumber itu berkata, mereka boleh melakukan pendaftaran GST dengan menggunakan kad pengenalan (sole proprietor).

“Individu yang terlibat dengan perniagaan (sole proprietor) bukan merupakan syarikat, jadi dia tidak mempunyai nombor SSM dan ada kad pengenalan sahaja.

"Tetapi jika individu tersebut ada syarikat, dia perlu daftar menggunakan nombor SSM," menurut sumber itu.

sumber : Sinar Harian

Baca tajuk pun dah meroyan tetiba hehehe kena la baca isi ceritanya..owh okay fine..aku tak terlibat..aku blogger ke? hehehe

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons