Monday, September 29, 2014

Hello Sony

Salam..

Tempat jatuh lagikan dikenang kan kan..Selepas hampir setahun aku gunakan Samsung Note2 akhirnya aku kembali dengan Sony..Why?Kenapa kembali kepada Sony? sebab aku suka Sony hehehe

Selamat datang Sony Xperia Z1..(25/08/2014)


Tapi setelah sekian lama guna Samsung Galaxy Note2 terasa agak kekok menggunakan Sony. First bila dapat hp ni perkara pertama nak dibuat ialah "ROOT". Warranty?ala tak payah  kisah bab warranty tu..rosak baiki la sendiri..hahaha.

Maka bermula la pengkajian aku yang akhirnya membuatkan hp aku off lebih kurang 24hours akibat bootloop sebab salah buat..sampai sakit kepala aku memikirkan macamana nak buat..tekanan gila woo. tapi lepas mencari dan dengan bantuan kawan-kawan facebook group SONY Xperia Malaysia akhirnya aku berjaya menghidupka kembali Xperia Z1 yang baru pakai kurang 24h hehehe.

Apa yang menarik dengan XPERIA Z1 ni ialah pada ciri-ciri kalis air, kamera 20.7MP dan kelemahan ketara ialah built-in bateri yang mana kalau bateri kita dah kiok terpaksa hantar kedai untuk menggantikannya.

Seperti biasa sumber rujukan aku untuk setiap model smartphone dirujuk di laman forum XDA dan untuk Xperia Z1 ni aku menggunakan custom rom untuk memaksimakan kemampuan smartphone ni.

Keluarga Xperia Z1 ni datang dalam 3 jenis  iaitu  Z1 sendiri, Z1 compact adik kepada Z1 (spec sama cuma lebih kecil) dan Z1s(kurang pasti apa perbezaannya).

Kenapa bukan Xperia Z2?pada mulanya memang aku nak beli Z2 tapi kekangan budget sebab nak beli satu lagi smartphone membuatkan aku redha aje la..hehehe. Lagi pun kalau dilihat pada spec antara Z1 dan juga Z2 sebenarnya tak jauh berbeza. (rujuk gambar)


Kalau tanya kenapa tak Xperia Z3 ini jawapan aku..berbaloi atau tidak nilaikan sendiri..



Kalau baca perenggan atas ada cakap nak beli satu lagi smartphonekan? so dari jenama apa dan model apa?

Asus Zenphone 4 (4.5") adalah pilihan untuk smartphone budget. Spec agak tinggi tak padan dengan harga langsung. Aku dapatkan smartphone Asus ni di Satu Gadget dengan harga hanya RM369 cuma disebabkan model ni baru screen protector dan juga casing masih tiada dalam stok. Buat apa beli sampai dua? dah tentu bukan untuk aku...Hadiah untuk isteri, menggantikan Sony Ericsson Arc S yang kurang mampu support kebanyakan aplikasi yang memerlukan sekurang2nya android 4.0.


Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons