Tuesday, September 30, 2014

Gadget Baru: Ipad Mini

Salam,

27hb September 2014

Tahun ni macam banyak pulak gadget yang aku borong, terbaru Ipad Mini menjadi salah satu daripada gadget yang aku beli. Alasan kali ni, ingin main Clash of Clans (COC).Hehehe.

Selain daripada main COC aku nak mencuba guna IOS sebab orang kata sekali dah guna IOS akan sentiasa terpahat dihati.

Malang buat aku, ianya bukan pengalaman yang menyeronokkan bila hanya beberapa jam dalam tangan Ipad Mini aku menunjukkan satu garisan halus berwarna merah. Masa aku test di Mac City AEON, Cheras Selatan tiada masalah, Tak nampak pun garisan tersebut.


Jadi terpaksalah aku hantar kembali dan akhirnya Ipad aku kena tahan dan mungkin akan mengambil masa dua minggu untuk dibaiki. Kalau aku perasan line ni masa pembelian mungkin akan diganti one to one. 

Selama aku gunakan android baik tablet murah atau smartphone perkara macam ni tak pernah terjadi.Apatah lagi Apple sebagai sebuah jenama besar dah tentu aku harapkan yang terbaik aku dapat. Mungkin aku antara beberapa orang yang dalam senarai "malang".


gambar diambil menggunakan diy macro lens pada xperia z1

So adakah selepas ni aku akan terus bangga menggunakan IOS atau cukuplah setakat Ipad Mini tersebut yang menjadi pandangan pertama aku terhadap produk Apple? Mungkin akan ada yang tak bersetuju dengan aku dalam hal sebegini, tetapi setiap pengalaman orang berbeza dan aku merasai pengalaman yang tidak "menyeronokkan" walaupun hanya dalam tempoh beberapa jam selepas pembelian. 


p/s: Walaupun dinyatakan dibeli di Mac City Aeon,CHERAS Selatan bukan bermakna diorang menjual barangan tidak elok tetapi masalah adalah dari produk Apple tu sendiri. Staff diorang amat friendly.

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons