Wednesday, September 10, 2014

First Time Fatin Humairah Demam.

Salam,

29hb Ogos 2014 lepas sejarah buat Humairah bila dia demam untuk pertama kalinya. Setibanya kami di rumah mak aku tetiba je badan Humairah panas. Aku ingatkan biasa je tapi terlampau panas, terus la bawak pergi Hospital Changkat Melintang sebab itu hospital yang paling dekat ada. Klinik pun dah tutup..yela jam 1pagi pun masa tu.

Sebagai parents, anak sulong pulak tu ini memang pengalaman pertama kami. Aku masih cool sekalipun ada rasa cuak bila tengok isteri aku cemas. Nasib baik ketika aku cuti dan balik kalau kena masa hari bekerja memang terpaksa aku kejar jugak la ke Tapah.

Cuma bila lihat senyuman Humairah dan teletah dia perasaan gelisah tadi terubat..walaupun suhu dah mencecah 39.9 agak tinggi sampai kena masuk ubat bontot..




Tengok jela badan panas tu tapi boleh senyum lagi tu..sebab tu Humairah tak kena tahan dekat hospital walaupun suhu lepas masuk ubat masih tinggi 38.0.

masa Siangnya dia dah mula tak cergas



Aku mulanya tak nak kalau dia makan ubat sebab Humairah baru je 5 bulan tapi kalau tak nak bagi ubat jangan la bawak pergi hospitalkan? Selain daripada bagi makan ubat, kami guna cara tradional. menggunakan bunga raya putih yang direndam dalam air dan disapu pada kepala dan badan Humairah. Petua tradional ni memang diamalkan zaman berzaman, itu sebab kalau dikampung banyak pokok-pokok bunga yang kita tak tahu namanya tapi banyak kegunaan ditanam sebagai hiasan. Kenapa bunga raya putih?aku tak pasti..mungkin warna juga memainkan peranannya dalam perubatan tradional ni.

Ada masanya macam ni la ragamnya ceria je


Alhamdulillah demam Humairah surut selepas dijaga rapi suhu badannya dan usaha-usaha keluarga. Ilmu-ilmu orang lama jangan lupa sebab dulu mana ada ubat-ubatan dari hospital dan ianya sudah pasti bebas dadah.
hari kedua dengan ragamnya nak memerap je..

Aku ambil cuti kecemasan selama dua hari untuk memastikan Humairah benar-benar sihat tambahan pulak start bulan September Humairah dijaga pengasuh baru. Hari Rabu baru aku balik ke Putrajaya, tpai hari Khamisnya Humairah panas balik lepas kena cucuk 5 bulan!!! Mujurlah hanya semalaman, paginya Humairah dah cergas. Takde ragam-ragam. Lega hati ayah yang duduk jauh ni. hehehe

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons