Wednesday, September 10, 2014

Back to The Future

Salam,

Sudah masuk hari ke tiga sahabat aku pergi mengadap Ilahi..rasa begitu jauh kali ni dia tinggalkan aku..Bila kali terakhir aku jumpa dia? aku sendiri dah tak ingat..tetapi cukup lama. Ada rasa terkilan sebab tak dapat nak minta maaf atas apa yang berlaku sepanjang kami bersahabat.

Apabila matinya seorang anak Adam maka terputus la amalannya kecuali 3 perkara.

1. Sedekah amal jariah,
2. Ilmu yang memberi manfaat dan
3. Doa anak yang soleh. 

(Hadith sahih riawayat Bukhari dan Muslim)

Aku cuma mampu berdoa mudah-mudahan doa aku dimakbulkan Allah supaya kamu tenang disana. 

Sepanjang 3 hari ni, hampir setiap masa aku mengenang kenangan keakraban kami sehinggalah 1 kejadian yang membuatkan kami mengambil haluan masing-masing. Semuanya salah aku..aku percaya orang lain lebih daripada dia sedangkan perkara tu tak mungkin dilakukannya. Memang aku yang bersalah, aku tahu..tetapi dah terlewat saat tu untuk aku kembali memperbetulkan kesilapan tersebut. Sehingga hari ni aku bencikan puncanya..aku bencikan orang yang sengaja membuatkan kami bertengkar.

Aku tak pernah ada kawan yang segila ko hafiz, ingat lagi tak masa kita naik motor ke sana -sini dengan motor atuk ko?sebab kita selalu belasah naik motor tu sampai kene kunci. Kite tetap jugak bukak kuncinya..Pakcik ko sorokkan kunci, tapi kite tetap dapat start motor tu dengan cabut wayarnya..

Aku ingat lagi masa kita nak makan buah kelapa, ko panjat pokok tu kemudian ko turun ikut pelepah dia! memang kerja gila..Tinggi kot pokok tu kalau jatuh masa tu mau patah riuk.

ingat lagi tak masa kita sama-sama berkongsi masalah keluarga? kita "lari" dari orang lain. Then jadinya satu peristiwa ayah ko mengamuk marahkan ko..memang tak leh lupe ape yang jadi lepas tu..terbelah helmet tu.




Hari ni diisytiharkan sebagai hari berkabung Malaysia. Ramai orang bersedih dengan tragedi yang menimpa pesawat MH17. Maksu aku cakap pilot MH17 tu bekas abang ipar dia...tapi aku sikit pun tak terkesan dengan apa yang berlaku hari ni..Ramai orang turut bersimpati dengan mereka..Sedih juga melihat anak-anak kecil yang kehilangan ibu atau bapa. Sungguh aku tak hairan langsung..Aku tak peduli..Sebab apa? Sebab aku tau..ko juga meninggalkan anak kecil dan juga isteri tercinta. Aku sedih bila memikirkan nasib diorang..macamana keadaan diorang pada masa akan datang..tanpa ko disisi.



Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons