Tuesday, August 19, 2014

Buah Perah.

Salam,

Sabtu lepas aku pi pasar borong Tapah macam biasa mencari ikan dan ketam juga sedikit sayur.. Normally kalau aku sekadar balik Tapah tak balik Bota aku akan suruh isteri aku masak Ketam Lemak Cili Api..Memang habis kuah aku hirup.

Dalam mencari-cari barang keperluan aku tertarik dengan sesuatu yang tak pernah aku tengok sebelum ni. Aku tengok dan snap sekeping dua gambar untuk meng'google' selepas ni. 

Balik dari Pasar Borong Tapah, aku singgah digerai tepi jalan yang menjual buah-buahan. Sebelum sampai pasar lagi aku dah tertarik dengan sejenis buah yang aku nampak. Buah Tampoi..Sedapnya makan buah tampoi ni..dah lama tak jumpa kot. Atau aku je yang tak perasan. Aku mulanya ingatkan Buah Sentul sebab dari jauh seakan-akan je. sebab ingatkan Buah Sentul la aku berhenti..



Dekat gerai yang aku singgah tu ada jugak aku nampak Buah Perah. Mulut ni rajin gak bertanya..ini buah apa?macamana nak makan?sedap ke?macamana nak masak?pendek kata dalam masa yang singkat aku kutip maklumat serba sedikit tentang Buah Perah ni..Dah bertanya itu ini takkan tak beli ye dak? Aku mintak la sekilo..sebelum tu aku cakap "tadi nampak kat pasar"..peniaga tu cakap "dekat pasar mahal dik, diorang jual rm8 sekilo". Dalam hati aku tersenyum je..tengok gambar la ye nak tau berapa ringgit yang dijual dekat pasar.


Buah Perah ni kalau tengok dari rupanya macam Buah Berangan, cara masak pun peniaga tu kata sama macam Buah Berangan cuma aku agak musykil bila aku google Buah Perah ni ramai yang jerukkan dulu..takde pun cakap nak masak macam Buah Berangan, rupanya Buah Perah ni macam  Buah Getah..Pokok Getah yang orang toreh tu..kalau dibelah memang hampir sama, tapi ada la perbezaan ketara pada bentuk fizikalnya.

Balik je rumah aku try rebus, tak tau la cara aku betul ke tak..aku cuma rebus je. Lama jugak aku rebus sampai kering airnya dan aku tambah lagi air sampai kering buat kali kedua..Rasanya sedap..cuma ada rasa kelat sikit..aku syak cara aku proses tak betul..Dari maklumat yang aku dapat Buah perah ni kalau salah proses boleh mabuk sama macam Buah getah..Kiranya agak renyah la nak proses Buah Perah ni.

Buah Perah ni terkenal di sebelah Pahang, patutla aku tak pernah jumpa di Botey hehehe. Sayangnya aku tertinggal dekat Tapah dan aku pesan pada isteri aku jangan makan takut-takut nanti mabuk dan dah tentu sebab tengah menyusu badan..

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons