Tuesday, August 19, 2014

Belasungkawa : SAHABAT

Salam,

Al-Fatihah Buat seorang sahabat Hafiz bin Harun yang telah menunaikan janji setiap yang hidup pasti akan mati... 

Dah lama aku tak rasa sedih yang teramat sangat..walaupun dah lama tak bersua muka tapi aku tahu ikatan ukhuwah yang terjalin semenjak kecil masih utuh sehingga ke hari ini. Perkhabaran dari facebook mencemaskan aku, sehinggalah akhirnya sahabat itu menemui Sang Pencipta..

Dari kecil dimana ada Faiz disitu ada Hafiz dan dimana ada Hafiz disitulah Faiz berada..Banyak yang kami lakukan bersama ,menangkap ikan dan belut disawah..Bekerja di ins.pertanian mengutip kacang tanah..memanjat pokok kelapa..naik motor ke sana sini, pusing keliling kampung. Pendek kata kami umpama kembar..

Antara perkara yang tak dapat aku lupakan, kami berdua berjalan naik bas pergi ke Lumut dan kemudian naik feri ke Pulau Pangkor..Itulah kali pertama aku jejakkan kaki ke Pangkor. Kononnya nak sewa motor tapi masa tu lesen pun takde lagi..

Pernah dulu kami kongsikan cita-cita bersama..Aku nak jadi ahli astronomi aka angkasawan..dan dia bercita-cita mencipta roket yang akan membawa aku ke angkasa. Begitu akrab hubungan kami berdua..

Masa sekolah dulu duduk sebelah menyebelah dan paling lawak masa darjah enam dah pandai cakap suka-suka kat budak perempuan..

Ya Allah..Malam ni banyak aku imbas kembali kenangan-kenangan tu..terasa kehilangan. Aku cuba untuk tak menangis tapi tetap tak dapat menahan rasa hiba..Lebih menambah sendu dia meninggalkan seorang isteri dan seorang anak kecil..anak yang masih belum sempat mengenal ayahnya..

Aku tak ramai kawan rapat tapi beliau adalah diantaranya..

Ya Allah, sampaikan la doa ku ini..mudahkan segala urusan beliau dan keluarga..jadikan kubur beliau sebagai taman-taman syurgaMu..rahmatilah sahabatku itu dengan limpahan kurnia rahmat dari segenap pelusuk bumi dengan kebesaran kuasaMu Tuhan yang Maha Pengampun..Tuhan yang Maha Mengasihani..Tempatkanlah roh beliau dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Ya Allah, 

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons