Thursday, July 3, 2014

Al-Fatihah

Salam,

Last week aku tak merancang untuk balik kampung sekali pun Ahad kita mula berpuasa. Aku tak merancang untuk balik sambut awal Ramadhan..Dalam hati tu sebenarnya tergedik-gedik nak balik nak tengok anak, kebetulan roadtax motor tamat tempoh, nak naik bas leceh pulak. Aku memang tak suka naik bas ni..

Awal pagi Sabtu aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari isteri.. Makcik Nek dah tiada..Innalillahiwainnailahirojiun...Agak terkejut walaupun sebelum ni Makcik Nek memang selalu sakit dan masuk wad, disebabkan berita tu aku balik jugak ke kampung pinjam kereta kawan aku. Agak kelam kabut jugak sebenarnya bila balik tak dirancang ni,nak kemas barang sikit nak ambil isteri dengan anak aku dekat Tapah lagi.

Alhamdulillah sempat jugak aku sampai di kampung sebelum zohor dan sebelum Macik Nek dikebumikan. Kalau masih ingat entry majlis naik buai untuk anak aku, Makcik Nek la yang beria-beria nak buatkan majlis tu, rupanya ianya adalah permintaan terakhir beliau. Alhamdulillah kami dapat penuhi apa yang dihajatkan oleh Makcik Nek.

Semoga Allah merahmati dan menempatkan roh beliau bersama-sama orang yang beriman. Al-Fatihah.

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons