Friday, June 20, 2014

Tuhan Saja Yang Tahu

Salam,

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.


Coretan ni bicara hati buat permataku suria.

Terima Kasih kerana anugerah Ilahi ini memberi aku rasa menjadi seorang ayahanda kepada anakda Puteri. Merasai sendiri bagaimana menjadi Ayahanda yang akhirnya memberi aku pengertian bahawa sukarnya semasa aku sendiri ingin dibesarkan.

Aku tahu terkadang bicara melukakan hati menikam sanubari..teletah anakda puteri menyentap sabarku seringkali disanggah dengan kesabaran diri kamu. Sering saja aku kesal dengan tutur bicara sendiri tetapi tetap saja kamu tersenyum. Aku amat bersyukur atas kurnia ini..Kamu yang sering saja menjadi apa yang hilang dalam minda, melengkap yang kurang dan menjernihkan apa yang keruh.

Kita terpisah lagi kali untuk sekian kalinya..anakda Puteri merunsingkan aku tanpa ayahandanya disisi. Bagaimana nanti kamu berdua bersama jalani hidup disana. Kelam kabut, gundah gulana tersangatlah hati ini..terbuku didada.

Aku bimbang andai diluahkan, kamu akan lebih runsing..aku mahu kamu kuat dan tabah.sengaja aku sorok apa yang tersimpul kononnya terurai. Sedang Allah Lebih mengetahui sebenarnya dan sesungguhnya aku amat bimbang. Aku letakkan penjagaan kamu dan anakda puteri pada Yang Maha Esa kerana pengharapan aku hanya padaNya tuhan sekalian Alam.

Semakin dekat dengan waktu berpisah semakin celaru..mahu saja aku tahan kamu agar kita tidak lagi dipisahkan sebagaimana selalu.

Ya Allah..Sungguh Kamu lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kami.

Reactions:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons