Wednesday, June 18, 2014

Majlis Naik Buai

Salam,

Ahad lepas 8hb Jun 2014 telah berlangsungnya majlis naik buai puteri kesayangan kami Fatin Humairah. Majlis sebenarnya bukan rancangan kami suami isteri tapi dirancang oleh..macamana nak cakap ye..nak kata takda hubungkait, ada pulak pertalian saudara..senang kata majlis ni dirancang oleh orang lain..Melepaskan hajat katanya..Apa yang seronoknya bukan untuk anak kami seorang tapi bersama-sama anak kakak ipar aku..Tengku Muhammad Mikail.

3 malam meragam,mungkin panas dan tak selesa tapi bila dah betul-betul lena sampai ke pagi. Sekali sekala bangun menangis mintak susu. Berkalih tempat tidur kata orang..mungkin juga.

Apa yang seronoknya bila bangun pagi dia akan senyum, bersembang..banyak cakap pulak tu..belum lagi boleh bercakap tapi ala korag yang ade anak kecik tau la camne baby bercakap. Itu antara sebab aku lewat datang kerja selalu..bersembang dengan si kecik selain daripada tak cukup tido hehehe.

kemunculan Pertama dalam blog Ayah..

Kebetulan Ahad tu sepupu aku jugak ada majlis perkahwinan..Maaf sangat-sangat sebab tak dapat hadir..Nak tinggalkan majlis naik buai ni serba salah pulak sebab orang buatkan untuk kita..kononnya kalau berkesempatan nak la lari sekejap.

Dah la majlis tu bertemakan zaman Melayu..kena pakai tanjak baju melayu..pergh memang rugi tak dapat nak shot sekeping dua gambar dekat sana.

Alhamdulillah majlis naik buai selesai dengan baik, segala perancangan Makcik Nik untuk anak-anak kami juga berjalan dengan baik..Terima Kasih untuk Makcik Nik, Pakcik Ali dan Farah yang bertungkus lumus menyiapkan segala macam keperluan..Semoga Allah memberi kesihatan tubuh badan untuk mereka sekeluarga.


Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons