Monday, May 26, 2014

Iklan dalam Mudah :3 Jenis Pembeli

Salam,

Lama tak muncul sekali muncul nak cerita pasal berniaga pulak..actually bukan la aku buat bisnes tapi aku beriklan untuk bertukar suka sama suka atau menjual Xbox360 aku dalam laman web MUDAH..Siapa yang tak kenal mudah?cukup senang untuk beriklan didalamnya.

Aku pernah sekali menggunakan perkhidmatan mudah untuk meletak iklan. Masa tu aku jual lens Tamron SP90 kesayangan aku. Aku baru sedar ada 3 jenis pembeli..

Pertama: Pembeli yang betul-betul nak beli, 
Kedua: Pembeli yang sekadar bertanya dan 
Ketiga : Pembeli yang memang takde niat untuk beli just nak main-mainkan kita.

Untuk kategori pertama dan kedua takde masalah pun..datang dan pergi dengan baik..tapi untuk kategori yang terakhir ni...dia punya sembang meyakinkan peniaga seolah-olah amat berminat, tawar menawar, deal lokasi, tarikh dan sebagainya. Selepas tu diorang pun senyap. Kita mesej pun diorang diam..

Aku ingatkan itu biasa, masa 1st time aku letak iklan rupanya bila aku letakkan iklan untuk kali kedua, perkara macam ni berlaku jugak so aku buat kesimpulan 3 jenis "pembeli".

Dalam ramai-ramai yang menunjukkan minat ada  1 peristiwa yang pada aku lucu..menyirap jugak darah aku. Klik gambar untuk besarkan.




Aku cuba bersabar dalam hal ni, siap syorkan kalau nak beli boleh cari orang yang aku sebut namanya tu. Akhirnya meletup jugak aku, cuma masih lagi menjaga bahasa aku..biasanya orang macam ni dah makan maki hamun aku..benak sangat rasanya.

Owh pengajaran yang aku dapat jugak..ramai yang bertanya tu MELAYU dan diorang memang tak serius pun, nak beli untuk adik la, anak la, kawan suruh cari la...tapi itu la dia ragam manusia dan kerenah yang terpaksa dihadapi peniaga.

By The Way siapa yang berminat

want to swap/sell

Link : Mudah

Faaz :017-5160502 (prefer whatsapp)

\Address: presint 15
Location: Selangor - Putrajaya

Condition: Second-hand (Used)
Price: RM 1 150    RM1050 
Cash on Delivery: Yes
Warranty Information and Other Terms & Conditions:
masih dalam warranty sampai bulan 8 ni
Accept Swap: Yes
Swap dengan Smartphone Sony Z Ultra
Item Type: XBox

Salam, aku sedang mencari sony z ultra untuk swap dengan xbox360 jtag aku.

barang seperti dibawah

1x Console Xbox360 jtag (boleh boleh main dari dvd dan external hardisk)
1x kinect
2x wireless controller
1x HDMI cable
1x 500gb harddisk full games
beberapa keping dvd termasuk 1 dvd original untuk game kinect

masih ada kotak dan segala cable yang dapat masa beli juga akan diberikan sekali.
reason: jarang main/takde masa.

siapa yang berminat untuk membeli juga dialu-alukan. harga boleh dirunding.

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons