Monday, May 12, 2014

7 Hari dan 1 Bulan

Salam,

(Ditulis pada 6/4/2014 kemudian disambung pada tarikh seterusnya hehehe)

Pertama sekali aku memanjat rasa kesyukuran pada Allah kerana penantian selama 2 tahun telah berakhir 7 hari yang lepas. 7 hari yang dilalui dengan pelbagai cerita menarik kalau boleh dapat digarapkan dalam penulisan ni satu persatu supaya menjadi satu jurnal buat tatapan masa hadapan.

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah.

Hanya pada Mu kami memohon dan hanya pada Mu kami menyerah diri.

31/03/2014
04.00 Pagi

Lahirnya seorang puteri yang comel dan kiut miut hasil perkongsian hidup kami suami isteri. Perasaan yang sukar digambarkan dan tak mampu dikongsikan secara detail kecuali merasai pengalaman itu sendiri.

Hari ni hari ke tujuh anak perempuan kami..hari ini akan dicukur kepalanya dan diberikan nama..sesuai dengan hadis “Setiap bayi tergadai dengan akikahnya, disembelih untuknya pada hari ketujuh, dicukur rambutnya dan diberi nama.” [Shahih Sunan Abu Daud, no: 2838] 

Mulanya perancangan aku nak terus buat akikah dekat kampung tapi kebetulan ada kenduri kahwin sepupu aku di Putrajaya ni so terpaksa la tangguh dulu. Bila dah tangguh ni ntah bila la pulak nak buatnya.

Selepas anak dilahirkan nurse minta supaya aku azankan anak aku..dengan langkah konfiden aku sambut anak tu dengan senyuman yang aku sendiri tak tau macamana nak gambarkan. Ada peristiwa kelakar terjadi sebab aku bukan azan tapi iqamah..terus blur..lupa bila tengak muka sang puteri dengan mata yang terbuka sedikit.

                                          _____________________________________
31/03/2014

Kalau nak diceritakan saat-saat sebelum kelahiran takde la menarik tapi aku agak kelam kabut bila isteri aku panggil "sayang kite kena pergi hospital, air ketuban dah pecah".. Saat tu aku terus cek satu rumah, pastikan peralatan elektrik ditutup. Barang-barang untuk bersalin semua dah ada..kemudian segala lampu isyarat diredah tanpa fikirkan kesan yang mungkin terjadi. Anak dah nak keluar!!! hehehe

Pagi sebelumnya sempat pergi tengok Hot Air Balloon..merasa la isteri aku tengok sebab tahun- tahun sebelum ni sekali pun tak pernah berkesempatan. Sekadar dengar cerita dan tengok gambar-gambar dari aku.

Petangnya pulak sempat ke Dengkil mencari barang-barang dan waktu tu la mulanya isteri aku mengadu sakit yang lebih dari biasa.

Lebih kurang jam lapan malam, aku bawa isteri aku ke hospital. Masa cek perut dengan mesin yang ada keluar bunyi kuat tu,  terdengar jantung anak berdegup laju. Sekali dengan jantung aku bergerak pantas..Sempat aku buat lawak untuk tenangkan diri kami berdua hehehe.

Sepanjang berada dalam wad, itu la penantian yang paling lama aku rasakan. jantung berdegup pantas..air cond yang sejuk tu tak terasa sejuknya.. Memang amat kasihan melihat isteri menanggung kesakitan, kalau boleh dan mampu aku pindahkan semuanya pada aku. Tapi mungkinkah seorang suami menanggung kesakitan seperti itu?



___________________________________________________________________
30/04/2014

Kini sudah sebulan Fatin Humairah dilahirkan..dalam kegembiraan kadangkala terselit rasa sebak, syukur Alhamdulillah berkat kesabaran dan doa yang tak putus dikurniakan hadiah paling bermakna dalam hidup seorang puteri sebagai penyeri. Agak sedih bila terpaksa tinggalkan Fatin Humairah dalam tempoh isteri aku berpantang dikampung. Hujung minggu bila berpeluang balik memang tak puas-puas aku cium pipi dia

___________________________________________________
12/05//2014

Sudah 1minggu lebih isteri aku tinggal bersama aku. So dapat la merasa sendiri jaga Fatin Humairah yang kadang-kadang meragam tanpa sebab cuma bila aku peluk dan dukung dia dapat jugak bagi dia senyap...sampaikan isteri aku jeles bila Humairah diam dalam dakapan aku bila dibagi pada ibunya dia menangis balik hehehe..Anak ayah betul.. Kadang-kadang terasa sungguh menguji kesabaran, Humairah menangis tak berhenti, tengok lampin, tengok badan,semuanya ok..kata kawan-kawan memang baby ada ragam masing-masing. 

Isteri selalu cakap, "ayah,saya kecik lagi" untuk mengingatkan aku supaya bersabar dengan kerenah Humairah yang meragam dan supaya aku sedar Humairah tak mampu untuk berbicara menyatakan apa yang dia tak suka kecuali menangis. Alhamdulillah ayat tu mampu membuatkan aku bersabar., mampu membuatkan aku berfikir secara waras semula..do not let your anger get the best of you!.

Dalam banyak-banyak benda yang aku belajar menjaga anak ada satu perkara yang aku tak suka buat..Salin Pampers..Aku boleh mandikan anak aku, dukung dia, dodoikan dia sampai tidur..tapi bila bab salin pampers aku malas hehehe..So kena tunggu ibu jugak yang buat..ayah lebih suka dodoikan anak sekalipun tangan dah lenguh..Fatin Humairah semakin hantap.


Semoga Allah kurniakan kami anak yang solehah, cerdik, sihat tubuh badan dan akal fikiran..semoga kami berjaya mendidik anak kami menjadi seorang insan yang berguna buat agamanya,keluarganya serta masyarakat satu hari nanti Insya-Allah.


*gambar kemudian ye

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons