Tuesday, March 4, 2014

Rasa Itu

Salam,

Baru je lepas terima panggilan daripada Abang Saudara aku bertanyakan usia kandungan isteri. Agak terkejut jugak sebenarnya sebab amat jarang aku dapat panggilan atau mesej dari beliau..ada dulu sekali kot itu pun rasanya sekadar dalam fb bertanya hal foto kahwin.

Pelik jugak aku pada mulanya..dua tiga kali aku bertanya ada apa?hehehe Abang saudara aku terus bertanya soalan yang membuatkan aku faham apa tujuan sebenarnya panggilan tu dibuat.

Berapa lama tempoh sebelum isteri kamu mengandung?
"Aku jawab dah 2tahun kahwin..ini baru ada rezeki. Alhamdulillah"

Ada tak dia rasa tertekan sebab lambat dapat rezeki?
"Biasala bila lama-lama orang bertanya memang akan rasa macam tu. Kita rasa macam tak best."

Sebab dia call bila nampak gambar dibawah ni dalam facebook aku.


Wah tetiba rasa macam ' aku tahu semuanya' disebabkan yang call aku pangkat abang. 

Sedikit nasihat aku berikan..Kita lelaki jangan ego..kalau kita rasa kita bermasalah cuba bawak berbincang..jangan saling menyalahkan..jumpa doktor untuk check tahap kesihatan kita..

Paling penting kena ingat..semuanya rezeki dari Allah..

Katanya dia tak kisah sangat tapi isteri dia mula terasa hati sebab kawan-kawan bertanya..

Aku bertanya berapa usia perkahwinan diorang? baru mencecah 8bulan, so sebenarnya amat baru usia perkahwinan tu. Ada orang rezekinya cepat..ada orang lambat..malah kalau kita baca sirah Nabi Zakaria sekian lama tidak mempunyai zuriat sehingga Baginda dikurniakan Nabi Yahya dalam usia yang amat lanjut.

Antara usaha yang isteri aku lakukan ialah sentiasa berdoa dengan Doa Nabi Zakaria. 

doa dapat zuriat

Surah Ai Imran 3:38
Ketika itu Nabi Zakariya berdoa kepada Tuhannya, katanya: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.
“Ya Tuhanku, berilah Aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”.


Surah Al-Anbiya:21:89
“Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan Aku hidup seorang diri tidak mempunyai keturunan yang mewarisi dan Engkaulah waris yang paling Baik”


Mungkin juga dalam tak sedar kita masih belum bersedia..kita nak tapi jauh disudut hati kita memikirkan soal-soal remeh..mungkin soal kewangan, barangkali soal penjagaan.

Pada aku, masa berdua ni sepatutnya di enjoy sepenuhnya..best apa korang pergi jalan-jalan berdua je..macam zaman bercinta, tapi ada la bezanya lebih banyak dari zaman bercinta..

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons