Monday, March 10, 2014

#PrayForMH370

 Salam

Aku sebenarnya malas nak menulis berkenaan berita ni..malah tak mahu komen apa-apa pun. bagi aku cukup la media yang bertanggungjawab sediada, dalam hati tu terasa sebak mengenangkan nasib mereka. Aku tak boleh membayangkan perasaan keluarga penumpang dan semua krew ketika ini.

Malah dalam fikiran aku terbayang keadaan semua yang ada dalam penerbangan MH370 macam filem-filem yang aku tengok..kena rampas la, terhempas la dan segala macam kemungkinan. Ngeri..dan amat pilu memikirkan nasib mereka.

Dalam saat duka seluruh rakyat Malaysia, masih ada manusia yang sanggup bergurau, mengeluarkan komen bodoh, ada jugak yang tergamak mengaku kononnya salah seorang penumpang pesawat tersebut ialah Mak beliau..Dimana perasaan kamu ketika mengeluarkan kata-kata sebegitu rupa?akal dibontotkah?
Baca pasal penipu bodoh ni:Klik Sini



Seniman dan ahli politik antara yang sengal dalam mengeluarkan kenyataan mereka berkenaan isu ni.

Ada juga yang mengeluarkan teori ini semua konspirasi kerajaan la, ada yang kata muncul segitiga bermuda yang kedua la..semua ni pemikiran bodoh..datang dari akal fikiran sempit!!! Orang macam ni sepatutnya dibawa terbang tinggi-tinggi kemudian semua krew tinggalkan diorang ni tanpa bantuan dan krew blah dengan parachute keadaan kapal terbang dibiarkan terhempas!!Biar padan muka diorang!!!

So berhenti la bercakap sesuatu yang kita tak tahu..jangan dizahirkan akal kita sejengkal dengan komen yang merapu.

Apa pun diwaktu ni la kita sebagai rakyat Malaysia kena ketepikan segala macam perbezaan tak kira politik, agama, kaum dan tunjukkan pada dunia yang rakyat Malaysia bersatu. Doakan keselamatan mereka..Doakan semoga dipermudahkan usaha pihak berkuasa bagi menjejaki pesawat MH370 ni.


Reactions:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons