Thursday, February 13, 2014

Samsung NX300 :Kenapa?

salam,

Dari hari ke hari asyik tertangguh je nak menaip, macam-macam jenis karangan ada dalam kepala ni... Okay hari ni nak kongsi kenapa aku memilih kamera mirrorless Samsung NX300 dan bukan mirrorless yang lain.

Spec Samsung NX300 : Klik Sini

Apa Yang Best?


  • Saiz  APS-C CMOS Sensor
  • Saiz yang kompak
  • Boleh bertukar lens, menawarkan banyak pilihan lens untuk pelbagai situasi. Paling penting mempunyai lens makro (agak mahal, 60mm macro RM1600, Shashinki)
  • Mempunyai wifi, dapat terus transfer gambar ke smartphone tanpa kabel*
  • Kawalan kamera dari smartphone (macam remote control)*
  • Kawalan kamera seperti DSLR (amat mudah bagi pengguna DSLR sebelum ni)

Apa Yang Kurang Best?


  • Screen resolusi hanya WVGA ( 800 x 480 ) 768k dots (Pentile) so ianya tak menunjukkan hasil sebenar sebelum dipindah masuk ke dalam PC.
  • Dari pemerhatian aku gambar-gambar yang dihasilkan ada kesan "kebiruan" selalunya terjadi disebabkan glass mungkin kesan daripada glass lens. klik sini untuk lihat hasil orang lain.
  • Takde Viewfinder so takde feel macam guna DSLR..rasa macam guna kamera point and shoot je tak seperti kamera mirrorless Fujifilm contohnya yang mempunyai viewfinder. Focusing lebih terasa dengan adanya viewfinder.
Actually ada beberapa lagi kelemahan yang dirasai kalau dari DSLR nak guna Samsung NX300 ni..terasa macam downgrade pulak..so far aku berpuas hati dengan kemampuan kamera ni..Lagi pun aku belum sempat test kaw-kaw sebab sibuk je manjang. Takde peluang gunakan secara maksimum.

*(menggunakan software yang boleh didapati dalam Google Playstore)

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons