Tuesday, February 18, 2014

Mengintai Baby

Salam,

Last Saturday aku dengan isteri pergi scan 3D baby di Klinik Raofah Ipoh. Actually aku tak pernah tengok anak aku tu lagi..setakat gambar hitam putih yang selalu isteri aku send dalam meseg Whatsapp tu ada la.

Tujuan scan sebab nak tahu jantina dan bagi peluang pada aku merasai pengalaman "mengintai" baby. Seawal jam 8.00pagi aku dengan isteri dah sampai di Klinik, kitaorang bertolak awal dari Tapah sebab takut ramai orang walaupun dah buat temujanji.

Seronok tak terkata bila dapat melihat baby sihat..sekali dua jelas kelihatan baby menguap hehehe.Alhamdulillah..Terasa kebesaran Allah bila nampak baby dalam keadaan mata terpejam tapi boleh pulak menguap..terfikir aku macamana dia boleh duduk bernafas, makan dan minum, dalam perut tu hehehe.

Ada dua benda yang aku kesalkan..

First..aku tak ambil gambar yang doktor tu scan..aku nampak jelas dalam monitor tapi tak tergerak pulak hati ni nak snap sekeping dua.

2nd..Isteri aku mintak scan 4D memang la scan tapi bila dapat gambar dapat yang biasa hitam putih.. aiseh...Dah cakap masa pendaftaran nak scan 4D sebenarnya.(gambar dengan video pergerakan).Tapi sebab aku rasa seronok dan syukur dapat tengok muka baby aku cakap takpela, lagi pun muka baby terhalang dengan tali pusat..so ayah simpan dalam memori ayah wajah kamu ye..

Apa jantinanya?Hehehe baby baik pagi tu tunjuk dekat ayah sebelum ni scan tak nak tunjuk..tapi ayah nak rahsiakan dulu la dari orang lain kecuali keluarga terdekat :)



Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons