Tuesday, February 11, 2014

Memancing Udang Galah

Salam,

Cadangnya semalam lagi nak menaip, nak kongsi cerita tapi rasa macam terlampau letih. Kena pulak boss baru balik dari bercuti CNY so memang agak bz sikit dengan surat-surat.

Hujung minggu lepas aku habiskan masa memancing udang galah di Tanjung Siam, berhampiran Kg. Kuantan atau lebih dikenali sebagai Kg. Kelip-Kelip , Kuala Selangor. Pada mulanya takde dalam perancangan pun nak ke sana, tapi abang ipar aku "hangat"kan suasana, telefon aku sampai dua kali cakap tempat ni best la apa la..

Diorang sanggup datang dari Perak ke sini sebab baca dalam majalah Pancing keluaran Januari, tentang srikandi udang galah dan melihat kepada hasil beliau abang ipar aku terus telefon booking tempat.

Pondok singgah milik Kak Limah
So aku usaha gak la pergi ke sana dengan adik aku..Sabtu malam Ahad aku dah bertolak walaupun rancangan untuk memancing bermula pagi Ahad. Sekitar jam 2 Pagi aku sampai ke teratak yang disewa. Pondok yang terletak berhampiran tebing sungai lengkap dengan kemudahan dan agak selesa..cuma jangan la harapkan ada air cond hehehe tapi tanpa air cond pun terasa amat sejuk malam tu.

dapur pun ada tu


Seawal jam 6 pagi aku dah bangun kesejukan, sementara menunggu hari siang kami keluar mencari sarapan dan sedikit bekalan untuk makan diatas bot nanti. Tuan punya pondok, Kak Limah datang jam 7pagi lagi untuk turun memancing udang..Perempuan?Yup seorang perempuan yang minat memancing..ke semua adik beradik Kak Limah minat memancing udang galah. Cuma suami Kak Limah kurang minat untuk memancing.

Kak Limah dengan adik beradiknya
Naik sampan tradional tu..lebih hebat daripada pemancing lelaki.


Kak Limah dan suami amat mesra orangnya pertemuan dengan mereka tak terasa kita ni orang asing..macam keluarga sendiri layanannya. Abang ipar aku siap kena marah lagi sebab turun lambat ke sungai..sepatutnya dah siap makan dan terus turun ke sungai, bukannya masih lagi berbungkus dengan selimut. Tapi tak boleh salahkan abang ipar aku gak sebab dia mengikat mata kail sampai pukul 4pagi!

Boleh contact Kak Limah bagi yang berminat
Rupanya kawasan tu memang menjadi tempat untuk peminat udang galah memancing disitu..punya la ramai yang turun, kedai makan tak menang tangan menyiapkan order makan minum masa aku pergi singgah untuk sarapan. Aku rasa tak kurang 15-20 buah bot atau mungkin lebih yang ada didalam sungai dengan 2 atau 4 orang pemancing didalamnya.


Sungainya takde la besar sangat.

Jenggo yang berjaya dinaikkan. Belakang aku tu Abang Saudara.

siap ada telur lagi (gambar adik aku)

Keluarga Kak Limah yang melayan kami siap jamu makan petang lagi

Abang Ipar aku bergaya dengan hasil yang memenuhi gandik..

nampak sikit sebab ada yang aku dah masukkan dalam plastik..selebihnya hantar ke kampung

Kak Limah (yg berbaju kurung) Adik Kak Limah (dengan hp tergantung)

(Hasil tangkapan Kak Limah kira la sendiri berapa ekor huhuhu)
Seronok memancing udang ni lain macam sikit, kitaorang balik pun sebab umpan habis..aku dah terbakar kulit sebab duduk tengah panas..masih lagi terasa pedih dekat lengan ni so terpaksa la sapu lotion..itu la padahnya tak bersedia dari awal..

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons