Monday, January 27, 2014

Cubaan Scammer

Salam,

Pakai mask pegang bulu ayam sapu-sapu sikit blog yang dah bersawang ni...uhuk uhuk..banyaknya habuk..

Last week aku dapat panggilan daripada no yang agak panjaaaaaaaaaaaaaaaanng sekali.. Tertera dari Indonesia panggilan tersebut dibuat. pada mulanya aku malas nak angkat tapi sifat curious membuatkan aku angkat jugak panggilan tersebut.

"hello saya dari syarikat kopi Power Root membuat panggilan daripada Kuala Lumpur....bla..bla.. anda telah memenangi RM6000 bla..bla.."

Kuala Lumpur?pfft.. er..did i look so stupid to believe it?


Agak seronok melayan panggilan tersebut "mana tahu" betul menang hahaha Jangan harap la!!!

"Encik tak perlu beri kami no akaun atau no pin Encik sebab ianya sulit apa yang perlu Encik buat ialah pergi ke ATM berhampiran dan kami akan beri panduan seterusnya..."

Itu pun separuh mati aku cuba memahami dialek yang digunakan oleh pemanggil..

Actually macam-macam taktik yang orang gunakan untuk menipu cuma kita kena ada rasa "TO GOOD TO BE TRUE" 

First kita tak pernah melanggan, masuk laman web, beli barangan tersebut, isi borang barangan tersebut tapi tiba-tiba kita menang?

Second, macamana boleh kita dapat duit tanpa transaksi menggunakan no akaun?lain la kalau diorang hantar check atau cash.

Paling penting sikap lebih berhati-hati dengan tawaran yang "manis" macam ni boleh mengelakkan kita jadi mangsa penipuan seterusnya yang mungkin dijalankan oleh sindiket yang mahir..Dunia hari ni ramai orang malas, nak cepat kaya, senang atas kesusahan orang lain dan ambil jalan mudah.

Words of advice : berhati-hati...


Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons