Thursday, December 26, 2013

Review Wishlist 2013

Salam,

Sedar tak sedar dah hampir penghujung tahun 2013, terasa cepat sangat masa berlalu..So hujung-hujung tahun ni elok sangat la tengok apa yang tertunai apa yang tidak. Ini adalah Senarai yang aku buat dalam entry Wishlist 2013.


Material :
  • Jailbreak PS3 ( tukar kepada jtag Xbox360)
  • Upgrade Smartphone (macam tak perlu sangat)
  • Upgrade PC

DSLR :
  • Macro Mini Studio (DIY)
  • Flash (Nissin Di866 Mark II)
  • Trigger/Receiver
  • Filter Raynox (Tak Masuk Senarai)
  • Drybox(Tak Masuk Senarai)
  • Battery Grip
  • ND Filter

Fotografi :
  • Submit sebanyak mungkin gambar untuk dijual online.
  • Submit sebanyak mungkin gambar ke  local magazine.
  • Wedding Photography sebagai sumber pendapatan sampingan.
RESULT: FAIL!!!

Blog :
  • Entry untuk Tahun 2013 mesti lebih banyak daripada Tahun 2012.
  • Entry Setiap bulan Tahun 2013 melebihi setiap bulan dalam Tahun 2012.
  • Setiap Entry akan ada sekurang-kurangnya 1 Gambar.
RESULT: FAIL!!!

1st Chapter : Material

Ada 3 perkara yang aku nak buat..dua daripadanya tertunai dengan satu daripadanya aku abaikan.. Niat asal nak dapatkan PS3 tapi bertukar kepada Xbox360 sebab aku tertarik kepada fungsi Kinect. Aku gak berjaya Upgrade smartphone dari Sony Ericsson Xperia Arc S aku bertukar kepada Samsung Galaxy Note 2 tapi hasil usaha dan hadiah daripada isteri tersayang.Hehehehe...

Malangnya ada jugak yang aku tertinggal, buat-buat lupa, diabaikan. Upgrade PC..aku sebenarnya nak upgrade RAM je..tapi motor aku pulak yang terlebih upgrade sebab dah masuk tahun ke 3,4 so biasa la kalau dah mula buat hal.

Nilai :  Xbox360                        : RM 1300
           Samsung Galaxy Note2   : RM 2199

2nd Chapter: DSLR

Ada 5+2 wishlist, 3+2 berjaya ditunaikan dengan 2 daripadanya gagal...Semua perkara yang aku rancang untuk DSLR berjalan lancar seawal Januari lagi..kemudian semuanya slow...semuanya mendatar je..sebab tiba-tiba aku hilang minat dengan DSLR..Tahun ni paling sikit aku amik gambar guna DSLR..tapi minat tu beralih arah kepada yang lebih mudah seperti smartphone sebab aku boleh amik gambar,edit, letak watermark dan kongsikan ke Facebook atau Instagram. Semua proses tersebut berjalan dalam smartphone tanpa perlu transfer gambar-gambar ke dalam PC terlebih dahulu.


Nilai :  Macro Mini Studio (DIY)                    : FREE
           Flash (Nissin Di866 Mark II)              : RM450
           Trigger/Receiver                                 : RM150
           Filter Raynox (Tak Masuk Senarai)    : RM150
           Drybox(Tak Masuk Senarai)              : RM290

3rd Chapter : Fotografi

Ketiga-tiga hajat tersenarai tidak tertunai. Kurang ambil Gambar. Itu alasan untuk dua daripada wishlist diatas. Demand harga dari customer membuatkan aku tak berminat nak jadikan Wedding Photographer sebagai sumber pendapatan tambahan. Import aku dari Putrajaya tapi nak bayar aku harga tempatan?lupakan....senang kata lebih baik aku amik gambar dengan smartphone atau kamera kompak daripada aku amik gambar guna DSLR yang modalnya besar..

4th Chapter : Blog

Perkara paling mudah untuk dilaksanakan tetapi gagal jugak..
  1. Entry untuk Tahun 2013 mesti lebih banyak daripada Tahun 2012.
  2. Entry Setiap bulan Tahun 2013 melebihi setiap bulan dalam Tahun 2012.
  3. Setiap Entry akan ada sekurang-kurangnya 1 Gambar.
Pertama : Berjaya (Entry tahun 2013 melebihi tahun 2012)
Kedua   : Gagal (Kantoi Bulan Nov dengan hanya 4 entry berbanding bulan Nov tahun sebelum 14 entry)
Ketiga   : Gagal (Ada entry yang terlupa nak masukkan gambar)

So kesimpulan daripada semua wishlist 2013 adalah 50-50. Lulus dan Gagal hehehe

Nilai keseluruhan perbelanjaan yang dikeluarkan untuk wishlist ni RM4539.00

Belum pun habis tahun 2013 dah ada wishlist baru sempena tahun 2014..


Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons