Tuesday, December 31, 2013

Menjejak ke Tahun Baru Masihi 2014

Salam,

Sebetulnya aku memang tak kisah sangat tahun masihi ni nak berubah ke apa ke sebab kalendar kita orang islam mengikut tahun hijrah..cuba tanya diri tu tanpa tengok kalendar hari ni berapa haribulan hijrah?bulan apa?aku pun tak berapa pasti..tapi kalau bulan Ramadhan dengan Syawal tu tau aje kan heheheh

Itu menunjukkan kita hanya ambil port bila ada kaitan dengan kita..kalau Ramadhan tu dah sibuk nak kira bila 1 Syawal..dah Syawal pulak sibuk er open house tu Syawal ke berapa ek?

Himpunan cerita suka dan duka dalam tahun masihi 2013 ni akan jadi sejarah..Kalau ditulis ingat la..kalau tidak sekali-sekala terimbas mungkin ingat. 

Cerita paling besar dalam tahun 2013 ni mesti la berita kehadiran orang baru yang selama-ni ditungu-tunggu. Father and Mother wannabe Alhamdulillah. Tak sabar nak menunggu saat kelahiran dan saat jari jemari itu menggenggam tangan ini.

Hidup janjinya mati, pemergian Opah ada rasa sedikit terkilan sebab tak sempat menatap wajahnya buat kali terakhir adalah saat duka bagi kami.

Berhenti dari hobi Fotografi?satu keputusan besar untuk tahun ni, tapi bukannya berhenti terus cuma tumpuan akan lebih terarah kepada sistem baru dan kaedah baru..Bukan bermaksud bila tiada DSLR je tak boleh ambil gambar, alatnya saja yang berbeza.

Selamat tinggal 2013 dan selamat datang 2014. Yang pasti tahun 2014 tahun yang lebih mencabar,nak menghadapi beberapa siri kenaikan barangan, tarif elektrik dan macam-macam lagi.

p/s:ada kedai buat tawaran harga rendah kita masuk juga kedai mahal.

Reactions:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons