Sunday, December 29, 2013

Hidup Penuh Kejutan

Salam,

Kadang kala kejutan yang hadir samada baik atau tidak memberi impak yang besar dalam kehidupan seharian..Macam gambar dibawah ni.

sumber gambar:facebook
Belum buka kita dah tahu balutan hadiah tu sebuah kuali/periuk..tetapi rupanya ada pulak kotak lain didalamnya..malah kalau dilihat kotak tersebut ialah kotak iPhone 5!! Malangnya isi sebenar hanya sepasang stokin..

Sebagaimana Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Baqarah ayat 26 bermaksud:

" Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"


Kejutan dalam kehidupan boleh jadi adalah ujian, samada kesenangan atau kesusahan..semuanya ujian Allah.. Walaupun kita diberi nikmat kesenangan dan kekayaan tetapi jika kita lalai, ia adalah ujian buat kita. Begitu juga kesusahan, jika kita menyerah dan berputus asa maka kita adalah insan yang rugi. 

Sedangkan Nabi dalam hadithnya bersadba:

“ Tidaklah seorang Muslim ditimpa oleh keletihan, atau kerisauan, atau kedukacitaan, atau penyakit, atau permasalahan walaupun kesakitan berupa tercucuk duri melainkan ini merupakan penebus kepada dosanya 
(Hadith riwayat al-Bukhari & Muslim)

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons