Tuesday, December 3, 2013

Borang Opsyen-Good News and Bad News

Salam,

Aku malas nak menaip cerita ni sebenarnya, amat-amat la malas...Tapi untuk tujuan perkongsian antara Kementerian/Jabatan yang terawal mendapatkan borang opsyen. Aku dimaklumkan JKR sendiri belum keluarkan borang opsyen ni.

Well the good news is, borang opsyen dah dapat Jumaat lepas sekali dengan sesi taklimat di Podium KBS.



Pada mula dapat je borang dan surat ni, rasa macam Alhamdulillah..seronoknya..syukur sangat...



Then dibuai oleh rasa happy tu selama sejam sebab taklimat mulanya tertumpu kepada gred lain dahulu sebelum bermulanya sesi taklimat kepada pegawai KADER di KBS. Aku yakin ramai staff KADER tak sabar menunggu sehinggalah...

Aku tak nak sentuh bab Juruteknik sebab aku rasa jawatan tu dijumudkan dan semua layak untuk naik ke JA29.

Aku nak cerita Pelukis Pelan, sebab aku satu2nya berjawatan pelukis pelan di seluruh Kementerian Belia Dan Sukan, rasanya KBS,Jabatan Belia dan Sukan Negeri-Negeri pun memang takde dah Pelukis Pelan, kecuali aku seorang..

Sorry Gambar kurang jelas
Penerangan Gambar :Kaedah Tukar Lantik :

Gred J17

Pelukis Pelan (Seni Bina)

|
|
V

(MEMILIKI sijil Politeknik bidang Seni Bina atau Diploma seni Bina)

Borang lampiran N2 ( / ) Menerima tawaran
Penolong Pegawai Senibina
JA29/JA30


(TIDAK MEMILIKI sijil Politeknik bidang Seni Bina atau Diploma seni Bina) 
(ILP-IKM-IKBN DSBNYA.)

Borang lampiran N2 ( / ) Menolak tawaran
Pelukis Pelan (Senibina)
JA17


Dekat sini la yang terus buatkan muka aku jadi kelat...tawaran surat diatas ayat tersusun indah dengan jawatan ditawarkan sebagai Penolong Pegawai Seni Bina JA29 dan selepas mendengar taklimat berkenaan Sijil IKM termasuk diantara yang TIDAK LAYAK terus rasa keliru.. Aku kena sign MENOLAK walaupun surat tu tawarkan gred yang lebih tinggi.

Faham ke tak apa yang aku tulis ni? dalam surat dapat tawaran JA29, tapi masa taklimat diorang suruh sign menolak sebab takde kelayakan sijil Poli..Sijil IKM tak laku..jangan tanya sijil dari tempat lain sebab sijil IKM ada dalam sistem eSISRAF dan diiktiraf oleh JPA. Walaupun diiktiraf dalam eSisraf tapi tetap tak layak katanya..so tak pasti la camne yang sebenar-benarnya.


*sekadar mengambil tahun2 tertentu saja

So sesiapa yang singgah sini berjawatan Pelukis Pelan kerajaan terutamanya yang mempunyai sijil IKM, cuba kongsikan samada dah terima borang opsyen atau dah mendengar taklimat.. Borang opsyen ni keputusan seumur hidup..takkan nak KUP sampai Pencen?

Reactions:

18 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons