Monday, December 23, 2013

5 Sebab Kenapa Aku Tak Perlukan DSLR



Salam,

Dah hampir 3 tahun aku memiliki DSLR, sepanjang 3 tahun ni ramai kawan dan lawan yang aku dapat kerana minat pada fotografi. Antara forum fotografi pertama yang aku join ialah Digital Mukmin..diasaskan oleh Ustaz Azhar Idrus. DM banyak mengajar aku yang bermula dari zero..sayangnya tumpuan sekarang lebih kepada media sosial seperti facebook untuk berkongsi gambar dan sekaligus "membunuh" forum-forum fotografi.

Okay hari ni aku nak berkongsi 5 Sebab Kenapa Aku Tak Perlukan DSLR.



Berat.

Semua orang tau DSLR saiznya besar..dan kalau dah besar tentunya berat. Disebabkan keberatannya kadang-kadang melenguhkan bahu untuk memikulnya. Apa lagi nak gunakan kamera sebegini untuk bercuti atau berjalan-jalan dilihat kurang praktikal.


Travel

Jikalau sebelum ni aku tak kisah untuk sumbat segala macam beban DSLR dalam beg dan box motor aku, sekarang aku dah malas nak masukkan semua peralatan dan menggendong kesana sini. terutamanya masa aku balik kampung. tambahan pulak sekarang ni aku je yang ulang alik ke kampung sebab isteri aku tengah mengandung. paling kurang dua minggu sekali aku travel Putrajaya-Tapah-Bota.









Masa

Terhad. Itu je yang boleh aku katakan. 

Tak Perlu Lagi

Sekarang aku lebih suka berkongsi dengan aplikasi instagram dan facebook. Aplikasi media sosial ni bukannya perlukan DSLR yang canggih untuk gambar sebab diorang akan compress gambar tu jadi kecil. tambahan pulak dengan teknik yang betul dan sedikit pengetahuan sepanjang aku belajar menggunakan DSLR aku mulai faham "cara" untuk menghasilkan karya yang baik hanya dengan smartphone atau pun kamera point and shot. 



DSLR Bukan Lagi Pilihan

Disebabkan buat masa ni DSLR bukan pilihan terbaik untuk aku meneruskan hobi fotografi, jadi minat tu telah beralih arah kepada smartphone dan mungkin sebuah kamera jenis mirrorless yang mempunyai fungsi serupa dengan DSLR. Smartphone, kamera kompak sekarang juga sedang mengalami evolusi yang cukup baik dari segi sensor yang ditambahbaik dan penghasilan imej yang memenuhi kehendak pengguna. Sungguhpun begitu DSLR tetap menghasilkan imej yang lebih baik dari kamera smartphone dan kamera kompak/mirrorless/micro four third cuma dalam keadaan tertentu ia dirasakan tidak praktikal.


Guna Smartphone pun boleh amik gambar makro?macamana caranya?Klik SINI
Macamana nak amik gambar cun dengan smartphone? Klik SINI

Wishlist 2014 : Samsung NX300

Reactions:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons