Wednesday, November 6, 2013

Pekeliling Perkhidmatan 2013 : Juruteknik,Pelukis Pelan, Pen.Jurutera, Pen.Peg. Senibina dan Pen.Jurukur Bahan

Salam,

Pekeliling yang ditunggu-tunggu akhirnya dah keluar

JPA

Boleh semak yang mana berkenaan.. Juruteknik dan yang lebih kurang sama jawwatan dah lama tak sabar-sabar menunggu..aku yang Pelukis Pelan pun sama..tapi pekeliling tajuk tak sama dengan isi kandungan..JPA buat suspen ni..

Mai semua tengok Pekeliling : Penjumudan Skim Perkhidmatan Juruteknik Dan Pindaan Skim Perkhidmatan Pelukis Pelan, Penolong Jurutera, Penolong Pegawai Seni Bina Dan Penolong Juruukur Bahan


Update lepas baca pekeliling : 
Point Penting untuk Pelukis Pelan


Skim Perkhidmatan Pelukis Pelan

12. Pelukis Pelan Gred J17, J22, J26 bidang kejuruteraan awam atau seni bina yang telah dilantik secara tetap akan ditawarkan opsyen pertukaran pelantikan ke skim perkhidmatan yang baharu iaitu Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam)/Penolong Jurutera atau Pelukis Pelan (Seni Bina)/Penolong Pegawai Seni Bina berdasarkan bidang pengkhususan dan kelayakan akademik yang dimiliki oleh pegawai pada 1 Julai 2013 seperti berikut:


Pegawai Yang Memiliki Kelayakan

(a) Pelukis Pelan Gred J17, J22, J26 dalam bidang kejuruteraan awam yang memiliki kelayakan sijil politeknik bidang kejuruteraan atau diploma bidang kejuruteraan akan ditukar lantik ke Penolong Jurutera di Gred JA29; atau

(b) Pelukis Pelan Gred J17, J22, J26 dalam bidang seni bina yang memiliki kelayakan sijil politeknik bidang seni bina atau diploma bidang seni bina akan ditukar lantik ke Penolong Pegawai Seni Bina di Gred JA29.

Pegawai Yang Tidak Memiliki Kelayakan

(c) Pelukis Pelan Gred J17, J22, J26 dalam bidang kejuruteraan awam yang tidak memiliki kelayakan sijil politeknik bidang kejuruteraan atau diploma bidang kejuruteraan akan ditukar lantik ke skim perkhidmatan Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam)/Penolong Jurutera yang baharu mengikut gred ke gred seperti berikut;

(i) Pelukis Pelan Gred J17 akan ditukar lantik ke Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) Gred JA17;

(ii) Pelukis Pelan Gred J22 akan ditukar lantik ke Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) Gred JA22; dan

(iii) Pelukis Pelan Gred J26 akan ditukar lantik ke Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) Gred JA26.

(d) Pelukis Pelan Gred J17, J22, J26 dalam bidang seni bina yang tidak memiliki kelayakan sijil politeknik bidang seni bina atau diploma bidang seni bina akan ditukar lantik ke skim perkhidmatan Pelukis Pelan (Seni Bina)/Penolong Pegawai Seni Bina yang baharu mengikut gred ke gred seperti berikut;

(i) Pelukis Pelan Gred J17 akan ditukar lantik ke Pelukis Pelan (Seni Bina) Gred JA17;

(ii) Pelukis Pelan Gred J22 akan ditukar lantik ke Pelukis Pelan (Seni Bina) Gred JA22; dan

(iii) Pelukis Pelan Gred J26 akan ditukar lantik ke Pelukis Pelan (Seni Bina) Gred J26.

Reactions:

18 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons