Friday, November 22, 2013

First Time:Tempoyak Ikan Patin

Salam,

My Parents memang asal orang Perak, jati, pior Perakian la..But keluarga kami kurang gemar dengan tempoyak, Maybe sebab mak aku orang utara yang tak biasa dengan tempoyak ni..Well aku sendiri tak gemar makan, pernah sekali isteri aku masukkan timun yang dimasak tempoyak dalam nasi aku masa kenduri kahwin hampir je aku muntah dalam pinggan akibat tak sedapnya rasa tempoyak tu..Kalau tak mengenangkan kenduri kahwin dengan tetamu lain lagi mau aku terbalikkan pinggan tu..yurk.....Aku tak sangka rasanya begitu teruk.

Aku cuba jugak makan sambal tempoyak mana tau sedap rasanya..tapi tetap tekak aku tak boleh terima..durian boleh pulak aku lantak. But aku perasan bukan semua tempoyak aku tolak, kalau durian baru (tak busuk) dibuat tetmpoyak/sambal aku boleh terima, sedap je telan..

Asal aku makan tempoyak pun dekat Pahang masa belajar dulu, cikgu aku bawak makan tempoyak Ikan Patin. Masa tu rasa dia cukup lain..mungkin sebab masakan tempoyak stail Pahang ni ada bubuh daun kesum (bukan daun ketum ok)dengan bunga kantan...

Okay cerita hari ni pasal aku masak sendiri tempoyak ikan patin ni Ahad yang lepas (dah basi punya cerita). Kebetulan last 3 week aku balik Tapah, aku beli durian..sebab banyak sangat aku letak dalam tupperware bawak balik Putrajaya..so disebabkan ada 2 bekas tupperware, 1 dapat aku habiskan 1 lagi aku tukar jadi tempoyak..itu pun first time aku proses buat tempoyak sendiri..durian tu elok lagi cuma tak terhabis..

Well bila aku tak balik Tapah, setiap Jumaat aku akan pergi pasar Putrajaya dan merancang apa yang aku nak masak pada hari Sabtu dan Ahad. Teringat ada tempoyak mula terfikir mesti sedap kalau masak dengan ikan patin..Aku beli ikan Patin sekor, lebih daripada cukup untuk aku makan sorang.

Cadangnya nak masak hari Sabtu tapi pagi Sabtu aku masak mee goreng sampai ke malam aku melantak mee goreng je, banyak sangat pulak sebungkus mee tu..3 kali makan tu..tak makan membazir pulak takkan nak buangkan?khufur nikmat tu..

Maka bermula la sejarah buat pertama kalinya aku masak Tempoyak Ikan patin..mula2 aku google resepi. Bukan apa sekadar nak tahu cara masak je..

Bahan yang digunakan
 Bunga kantan, cili padi, bawang puting, bawang besar, serai dan lupa pulak daun kesum..

of coz tempoyak

ikan patin
 Ikan Patin masuk last sekali sebab tak nak dia terlalu lembut..nanti hancur pulak..

dah siap masak..slurppp..sedap wooo.masak pekat-pekat
Aku tak masukkan asam kalu tak silap aku..dalam resepi orang lain ada masukkan asam..tapi aku takde asam so aku skip je hehehehe..

Nak resepinya? google jela hahaha pasal aku tibai je campak semua sekali..

Cara aku masak:

Tumis semua barang kat atas dengan api perlahan. Masukkan air sikit then letak la tempoyak sesuka hati..nak pekat bubuh banyak..garam secukup rasa dan sedikit gula untuk tambah perisa..daun kesum aku letak last sebab aku terlupa ada daun kesum..

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons