Monday, October 28, 2013

My 1st Cake

Salam,

Sabtu lepas antara hari yang membosankan..bila duduk terperap mula la perut tu asyik lapar je..Entah camne mulut tu terasa nak makan kek yang mak aku selalu buat..kek tu biasanya keras, takde la gebu sangat dan selalunya tak berapa nak sedap..tapi hari tu terasa-terasa nak makan kek mak aku buat..hehehe

Well, oleh kerana nak balik kampung pun lambat lagi apa kata buat je sendiri at least dapat jugak belajar. Boleh pulak datang idea nak masak sendiri kek tu bila tengok periuk kukus ada, oven pun ada..tapi masalahnya bekas nak bubuh kek pulak takde..

Semangat nak masak tu ada tapi boleh pulak takde bekas yang sesuai nak masuk dalam oven..pilihan yang ada ialah kukus, sebab boleh guna bekas plastik je. Aku ni dah la jenis kalau nak buat something mesti kena buat kejap-kejap tu jugak..sebab kalau aku tak buat masa tu rasa macam dunia aku dah nak terbalik hehehe

Aku bagitahu isteri aku yang aku rasa macam nak buat kek sendiri dan isteri aku cakap patut la dia terasa nak buat kek dan dia dah buat pun kemudian bagi pada anak murid dia. 

So bermula acara memasak kek..

Mulanya aku nak pukul telur guna tangan je, mengenangkan betapa lecehnya nak memukul telur sampai kembang aku ikut cakap isteri aku supaya blend je telur dengan gula...tak pernah pulak aku tau boleh blend gula dengan telur guna blender hehehe.



 1st aku masukkan 3biji telur dengan gula..aku blend je 

 2nd aku potong kismis kecik-kecik kononnya nak bagi lagi best

 So camni la rupa telur dengan gula tadi rasanya yang ni dah buh tepung kot.



 Kononnya untuk decoration wakakaka buh sirap je


Macam ni la rupanya bila dah siap masak. (scary betul) Tak naik, sebab telur tak blend lama, tak gebu sebab telur tak blend lama hahaha. Kemudian rupa atas dia kurang menarik disebabkan air stim jatuh atasnya..Sabar jela..


Ready untuk dimakan...er rasanya macam yang mak aku buat..hehehe

Sofar Alhamdulillah, berjaya jugak aku buat kek sendiri. Rasa pun 85% dari kek yang mak aku buat bila aku tunjuk dekat isteri aku dia suruh masakkan untuk dia gak bila aku balik nanti hehehe..

Reactions:

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons