Saturday, October 5, 2013

Mode : Tak Sihat

Salam,

Rasa macam dibiar kosong je blog ni..agak sibuk sebenarnya dengan proses editing gambar..Ini la editing paling lama aku buat. Selalunya aku cuma ambil masa 2minggu sebelum diserahkan kepada customer tapi kali ni dah masuk sebulan..

Antara puncanya ialah jiwa kacau, kena Surat tunjuk sebab la (malas nak komen bab ni, tapi pengajarannya jangan percaya langsung dengan officemate korang..ada yang suka jadi ANJING menjelir lidah mintak simpati), komputer pun buat hal bila tetiba je software editing tak leh guna..Maklum la dah hampir 4-5 tahun komputer ni tanpa sebarang upgrade. RAM pun 2gb je..

Ok stop untuk mukaddimah karang lagi panjang aku mengarut.. Ceritanya dari semalam dah aku terasa badan tu tak sihat, hidung mula berair nak selsema, tekak pun berkahak je..Pagi tadi bangun masa duk hembus hingus-hingus (yurk) keluar dari hidung tetiba je bersembur darah penuh singki..Terkejut gak aku bila tengok darah meleleh dari hidung..Thanks to PBSM masa sekolah dulu,aku terus buat apa yang perlu..Nasib baik tak lama keluarnya hanya beberapa saat je..agaknya cepat bertindak kot..

Teringat isteri yang duduk jauh dari aku...kami selalu terkejar-kejar, bermain dengan masa..Yang pasti aku dah berusaha supaya anak yang bakal lahir nanti ada seorang ayah untuk membesarkannya.. Teringat bab ni pun dah terasa sayu..Agaknya tu pasal mental down..selalu memikir JIKA...jika sesuatu terjadi..tengok iklan susu Friso pun boleh wat aku sedih..ceh nampak ganas benor tapi lembik gak rupanya T_T

Nanti la bila ada masa aku buat entry bab ni..need somebody to share it.. Tak leh kongsi dengan isteri, nanti dia susah hati..lagi aku susah hati..

I do care even it seem like Im not care..

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons