Wednesday, October 2, 2013

Hidup Bersama ~ A Samad Said


Hidup Bersama ~ A Samad Said



Kita sudah sampai di lereng amat indah, 
di bawahpelangi, dalam ufuk yang masih mencabar;

dan kita ikhlas berjanji untuk bermaruah,
tenang dalam segala uji cabar dan debar.
Kita mencari hanya yang tulen dan jati,
sekata hidup, mengerti dan berbudi.



Kita wajar mendaki lagi kerana puncak yang jauh. 
Dalam gelora dan taufan

tak tercalar tekad kita kerana kemerdekaan
mengasuh kita bersuara dalam sopan,
yakin menyanggah musuh, tulus menambah kawan,
inti tonggak dan menara kebahagian.

Kita datang bersama anak-anak yang sedia 
menyanyi
sihat teguh bertekad dan berani
mengelilingi tasik mendaki gunung kita menagajar mereka berjiwa besar dan berbakti 
tanah air akan indah megah dan bermaruah 
jika kita sentiasa mensyukuri anugerah Allah dan bumi akan subur makmur dan mewah jika kita bekerja dan berikrar hidup bersama.

tanah air memberi banyak 
mesra mendakap kita 
kemerdekaan mendorong kita berdiri dan berbakti
dan kita sudah sampai di lereng indah pasti tetap mendaki juga 

menyanggah musuh 

menambah kawan 


tanpa jenuh khuatir juga tanpa rawan




dan dalam alaf baru
semangat kita wajar padu 
berjalan kita atas nama tanah air dan bangsa
bangga kerana merdeka megah kerana bahagia

anak-anak kita bakal datang tangkas dan berilmu
dan kita dalam sejarah bakal syahdu dan bangga
kerana awan yang indah, lapis pelangi lebih mesra,
wajah diri dan inti peribadi kita tunjang bagi kehidupan dan kemerdekaan bangsa yang sentiasa sedia belajar mengerti dan tekun hidup bersama.


Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons