Sunday, October 20, 2013

Galaxy Note3 Wannabe

Salam,

Mesti seronok kalau dapat guna latest gadjet macam Note 3 kan?tapi sebelum kite upgrade satu-satu peranti macam smartphone kite kena tengok apa keperluan sebenar kite untuk upgrade.sebab banyak duit?sebab satu keperluan atau sebab ianya memudah dan membantu tugasan kita?

Operating System Android ialah dunia tanpa sempadan bagi hackers..developer..dan advance user. Dimana kalau ada peranti yang baru keluar sekali pun, apa saja aplikasi didalamnya akan "dikeluarkan" supaya sesuai dengan peranti generasi sebelumnya atau yang bukan satu jenama dengannya. Sebagai contoh, aku memang mempunyai Galaxy Note 2 tapi bila keluar je Galaxy Note 3 mula la terfikir best jugak kalau guna Note3..so aku bersabar menunggu adanya developer yang akan port features dalam Note3 ke Note2.

OS android membenarkan sesiapa saja untuk hack dan develop aplikasi sebab dia open sorce..pasti ianya sesuatu yang menguntungkan pengguna jugak..dan penantian aku berbaloi..tak sampai sebulan lebih Note3 dipasarkan, apa saja features dalamnya aku dapat guna pada Note2 dan paling best walaupun belum secara rasmi dikeluarkan upgrade Jellybean 4.3 untuk Note2 melalui custom ROM kita dapat merasai atau memberi nafas baru pada smartphone kita. Malah apa yang ditawarkan melalui custom ROM lebih baik dari ROM original (IMHO). Kelemahan custom ROM ni kalau ianya baru kadang-kadang akan ada sedikit bug..






Sekarang walaupun aku masih guna Galaxy Note2 tapi apa yang ada dalam Galaxy Note3 sudah ada dalam Note2 tanpa perlu aku beli Note3..

Cuma apa yang kita tak boleh ubah ialah hardware..kalau Note3 datang dengan kamera 13MP of coz la tak boleh nak ubah Note2 dari 8MP ke 13MP..

Macamana cara nak buat?Nak aku terangkan pun tak pandai sangat, so pergi la belajar dari forum XDA, aku dulu ambil masa sebelum mahir untuk root dan tukar custom ROM. Peringatan aku, warranty korang akan terbatal, kalau smartphone korang 'brick' pandai-pandai la ye..hantar kedai paling kurang rm50-80 kedai charge..

kata kuncinya:

root
superuser/superSU
install recovey/
ODIN



*aku gunakan custom ROM Hawkish Extreme Series memang awesome!!!

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons