Tuesday, October 8, 2013

Cabaran Wedding Photographer.

Salam

Bekerja secara sambilan atau sepenuh masa sebagai seorang Wedding Photographer ni bukan satu perkara yang mudah..sebarang kesilapan terlepasnya saat indah pengantin agak mustahil diganti...Mungkin kalau sekadar kesilapan kecil boleh dimanipulasi gambar tu lagi.

Mungkin orang lain akan cakap apa yang susahnya ambil gambar?snap je.. First..Pernah cuba dari mula majlis sampai selesai, kemudian outdoor (atas permintaan) snap je gambar tu? kalau belum pernah, anda disarankan mencubanya dahulu.

Okay antara yang paling dibenci seorang yang di BAYAR untuk mengambil gambar pada masa indah orang lain ialah gangguan seperti gambar dibawah.



Apabila seseorang tu diBAYAR Sebagai Wedding Photographer tanggungjawabnya adalah untuk merakam dan mendapatkan momen menarik,baik ketika majlis pernikahan, resepsi, bertandang malah seisi outdoor. Kekangan seperti ruangan yang sempit, tetamu yang menganggap mereka adalah profesional antara permasalahan yang terpaksa dihadapi oleh seorang Wedding Photographer. Air muka wajib dijaga sepanjang masa dengan mengukirkan senyuman supaya orang sekeliling merasa senang dan paling utama pengantin tidak segan silu memberikan pose mereka dihadapan lensa.

Nak ditegur takut ada yang berkecil hati...mana tahu tetamu yang hadir tersebut juga ahli keluarga pengantin..takut-takut akhirnya pengantin sukar memberi kerjasama walaupun dalam majlis sendiri. Perkara sebegini sebenarnya memakan masa pengantin..terpaksa berposing dua kali pertama untuk tetamu dan kedua untuk fotografer dibayar tadi, sudah tentu ianya memenatkan pengantin itu sendiri.

tengok video ni untuk peringatan sendiri

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons