Saturday, October 19, 2013

Aku, Dia Dan Masa Depan

Salam,

Sebelum ni ada aku cakap, tengok iklan susu Friso ni pun sebak rasa..ada jugak aku update status dalam facebook terus orang fikir bukan-bukan..mungkin ayatnya pun tak betul..hahaha

Apa yang buat aku rasa tak best ialah bila tengok je iklan ni memang aku akan ingat isteri aku yang sekarang sedang mengandung. Alhamdulillah..rezeki kurniaan Allah S.W.T




Actually lagu tema untuk iklan ni memang best..bersesuaian dengan iklan ni..tapi kenapa aku tersentuh dengannya?

Iklan ni mulanya menunjukkan sepasang suami isteri yang gembira dengan kehadiran bakal cahaya mata..kemudian hanya tinggal si ibu saja sampai la iklan ni habis..agaknya terfikir keadaan masa depan yang satu hari nanti isteri aku je yang membesarkan anak kami sebab aku terpaksa bekerja dekat Putrajaya nih...

Kenapa tak mintak pindah je?Aku dah usaha..bukannya aku buat bodoh je..Hati ni tuhan saja yang tahu, betapa kalau ada kudrat aku usaha untuk tinggal bersama, hidup seperti mana pasangan suami isteri yang lain..Apa lagi saat-saat macam ni memang isteri tu perlukan perhatian yang lebih. Aku bersyukur selepas satu persatu hajat dan doa aku dimakbulkan..Alhamdulillah..Mudah-mudahan doa aku kali ini juga dimakbulkan.

By the way ramai jugak yang minat dengan lagu tema iklan susu friso ni. Nak dengar lagu penuh?

Tajuk Lagu : Incredible Journey
Abaikan liriknya yang tak betul..

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons