Saturday, September 7, 2013

Hari Rajin:Hari Sabtu

Salam,

Selalunya kita ada hari bermalas-malas..kalau tak Ahad mesti Isnin yang rasa paling malas..So kalau hari malas ada, hari rajin takde ke? Bagi aku Sabtu ialah hari rajin aku..hari dimana aku akan kemas rumah dari ruang tamu, ke bilik tidur sampai la ke dapur..habis aku cuci..

siap mop lantai tu..punya la rajin pada hari rajin ni huahahaha

Sabtu gak selalunya aku akan masak dan makan lambat sebab buat semua kerja-kerja tu tadi..Baju yang terkumpul pun hari ni baru aku nak basuh..so macamana kalau Jumaat aku balik kampung? aku akan basuh baju-baju aku hari Khamis malamnya dan terus sidai. Itu la rutin yang lebih kurang sama setiap minggu, kalau tak balik samada aku akan memerap kat rumah tak jejak tanah sambil melayan movie yang aku download atau aku akan keluar amik gambar..tapi sekarang ni mood untuk amik gambar ni kureng sikit..

Kebetulan pulak lepas selesai je aku mengemas, aku dengar sayup-sayup je orang bagi salam..mulanya aku buat tak kisah..tapi bila lama sangat aku pun bukak pintu..jeng jeng jeng..orang dari Kementerian Kesihatan datang buat operasi Aedes sebab ada kes dengki..memang aku dah perasan poster yang diorang pasang sebelum ni..malah masa hari minyak naik tu diorang ada datang buat fogging.. 


Ada dua tempat yang dia tengok..bilik air dengan dapur..

Tempat yang kita tak jangka 

Bahagian dapur.Aku pun tak faham kenapa floor trapnya macam ni punya design.ada pulak jerangkap..memang aku buka penutupnya sebab aku salurkan air dari mesin basuh ke situ.

diorang bagi "ubat" untuk membunuh jentik-jentik FREE je.

Ni ada aku nak kutuk sikit Kementerian Kesihatan ni..BILA ada kes baru la nak datang fogging kalau takde dibiar je..Kita rakyat Malaysia memang macam tu..dah terantuk baru nak tengadah..

Nasib baik la aku ni dah kemas rumah..tapi kalau la ada jentik-jentik memang terus kena kompaun rm500 beb..

Aku copy paste

Kesalahan membiak jentik-jentik nyamuk aedes jentik-jentik nyamuk aedes boleh dikompaun di bawah seksyen (25) Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975
Kompaun serta merta RM 500.00,pesalah boleh memohon untuk rayuan pengurangan kompaun di Pejabat Kesihatan Daerah  Perlis (Hanya Pegawai Kesihatan Daerah sahaja yang berhak untuk meluluskan pengurangan kompaun tersebut) 
Rayuan akan ditolak sekiranya pesalah adalah didalam kategori berikut :
1.Rumah pesalah adalah didalam kawasan wabak denggi
2.Kesalahan kali ke dua (2) atau kesalahan berulang
3.Kes yang telah dibuka kertas siasatan dan menunggu keputusan Timbalan Pendakwaraya

Seksyen (21) Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (pindaan 2000)
Kesalahan menghalang atau tidak membenarkan anggota kesihatan membuat kerja-kerja semburan kabus jika sabit kesalahan boleh didenda RM 10,000.00 atau penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali.


Reactions:

1 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons