Friday, September 20, 2013

Gotong-royong Keluarga

Salam,

Ahad lepas sempena cuti 3 hari menyambut hari Malaysia, kami sekeluarga berkumpul sekali lagi di rumah peninggalan Tok dan Opah. Kali terakhir berkumpul masa raya hari tu..takde la lama mana sangatkan..

Tujuan kali ni ialah untuk menukar sebahagian bumbung yang telah bocor, maklum la dah lama sangat pun bayangkan kalau usia aku saja dah hampir mencecah 30an (what???) berapa pulak usia rumah tu?

Ayah aku dengan simbol R4BIA

rupa bumbung bila dah siap
Nak menukar bumbung takkan la sampai semua orang kerjanya memanjat betul tak?tambahan pulak orang yang berbadan "sasa" macam aku ni hehehe Sekali panjat takut terus turun ke tanah tak mampu menampung berat orang "sasa" ni.. Rumah peninggalan Tok dan Opah kali ni berubah wajah 100% disebabkan ada idea yang bernas supaya kite serikan rumah tu dengan warna baru..


Dalam pada tu ayah aku pesan pada adik aku supaya turunkan barang-barang komputer yang ada dalam bilik untuk dijual pada peniaga barang lusuh..kebetulan pulak memang ada hari tu diorang lalu dengan 2biji lori..apa lagi..proses barang lama la pulak. Aku yang buat pasal adik aku dah balik..bukan aku sorang le..ramai yang membantu.


angkat jangan tak angkat
Zink lama yang dah dicabut tu boleh kitar semula
lumayan jugak hasil jualan
jual-jual..
tikus pun ade tu ha...mengenangkan isteri aku tengah mengandung aku lepaskan je la..
ini la rupanya rumah peninggalan Tok dgn Opah dengan wajah baru
Pandangan sisi katanya
antara yang masih tinggal sebelum masing-masing pulang..aku dah cabut awal.
Pendek kata kalau kite bekerjasama mesti semua kerja senang dan siap dengan cepat..Alhamdulillah masing-masing beri kerjasama dan tolong menolong..yang mana tak dapat panjat bumbung mengecat rumah..tak dapat mengecat, menyapu rumah..yang kecik-kecik seronok main api.hehehehe

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons