Friday, August 2, 2013

Ramadhan, Syawal dan Wishlist 2013

Salam...

Hampir kita dipenghujung Ramadhan..dipenghujung kerahmatan bulan yang tersimpan kebaikan seribu bulan. Dizaman Nabi dulu, para sahabat bersedih apabila Ramadhan kian menghilang. Cuma kita terbalik, sebulan sebelum Ramadhan sudah berbicara tentang Syawal. Baru sahaja berpuasa sudah mengalunkan lagu raya..

Alhamdulillah dipenghujung 10 hari terakhir Ramadhan ada khabar gembira buat kami suami isteri. Malah khabar gembira ni buatkan aku tak sabar untuk terus balik berjumpa dengan isteri aku..Aku nak bawak isteri aku pergi klinik dan sahkan secara rasmi.

Disebabkan itu segala perancangan asal aku diubah, asalnya aku nak bercuti bermula 8hb Ogos maknanya esok raya hari ni aku masih di office...semalam aku revise semula cuti aku. Esok aku akan mula cuti, 2minggu!!! Yahooo....sebelum ni rasa macam biasa-biasa je raya tapi kali terasa macam tak sabar aku nak sambut raya tahun ni..Excited sungguh..

Pastinya Syawal kali ni amat bermakna datang bersama khabar gembira..Alhamdulillah.

Berkenaan wishlist aku untuk tahun 2013 ni, aku ambil keputusan samada nak tangguhkan atau lupakan terus sebab semua tu dah tak penting lagi..ada benda yang lebih penting untuk aku uruskan bermula saat ini..


Jika ada rezeki berpanjangan aku sanggup gadaikan semua peralatan kamera aku. Takde dah aku nak revised semula pemikiran aku ni. Aku sanggup lupakan minat aku dalam fotografi asalkan semua keperluan dipenuhi. Mudah-mudahan Allah izinkan segalanya..

p/s: semalam bayar zakat fitrah untuk 2orang tapi terasa macam nak bayar untuk 3orang..amboi tak menyempat2 betul.

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons