Monday, August 19, 2013

Karangan Raya 2013

Salam,

Wah rajinnya aku membuka blog jam 2pagi ni..Penangan layan Lord of The Ring kejap tadi..Pada hal ade je DVD trilogi LORT ni..tapi syok kot tengok kat tv..ade je iklan boleh lari sekejap pi toilet hehehe..

Seronok ke raya tahun ni?Alhamdulillah..2minggu bercuti (blog pun cuti) memang seronok, kalau tengok pada jangka masa la..tapi kalau tengok pada masa yang diluangkan bersama keluarga memang agak sempit...maklumla berkahwin dengan orang kampung sebelah aje..So kena la lari sana sekejap lari sini sekejap.. Eloknya aku tetapkan aje, tahun depan raya full kat rumah aku hahaha...

Overall memang best..sempat aku buat benda yang aku suka..mancing, amik gambar, explore benda baru,jalan-jalan, banyak benda la..Tido lewat bangun pun lewat..memang heaven life camtu..Selera makan kalah orang mengandung..

Bila sebut bab selera makan dan mengandung, aku dah nak start pening bab "teringin" nih..banyak sangat yang teringinnya..char kueh tiow la, roti debab la (lempeng kelapa), kena pulak ada dua orang yang kena dilayan permintaannya (kakak Ipar).. Cakap je teringin nak KFC, bawak la pergi KFC, teringin nak roti debab, dibuat roti debab, nak Char Kueh Tiow, dicari 40km dari rumah. Pendek kata apa je yang teringin diusahakan supaya dipenuhi. Nampak buah ambra (kedondong) dekat rumah orang, teringin nak buah ambra, nampak mempelam dengan mangga pun macam tu jugak. Layan je..sape suruh "buat" jadi macam tu kan? hahaha.

Seperti tahun-tahun sebelum ni keluarga sebelah ayah mengadakan himpunan keluarga pada raya kedua, tak sedar dah masuk tahun ke 10 kami berkumpul di rumah usang peninggalan Tok dan Opah.. Dari yang sekecil baby sampai la yang dah berpangkat tok dan opah (pakcik dan makcik saudara yang jadi tok dan opah sebab anak2 saudara pun dah ada anak) semua hadir.. Peranan orang tua kami menyatukan keluarga ini memang seharusnya diteruskan walaupun sudah masuk ke generasi ke 4. Jangan nanti berselisih dijalan pun tak kenal saudara.

Majlis tahunan ni bertujuan mengekalkan silaturrahim antara kami semua. Pakcik dan Makcik yang jarang-jarang dapat berjumpa berkumpul bertanya khabar dan majlis perhimpunan selalunya disertakan dengan majlis tahlil memperingati orang yang telah pergi sebelum kami..mendoakan kesejahteraan Tok dan Opah, serta sadara mara yang telah pergi agar disejahterakan kehidupan mereka di sana.

Agak terkilan sebab tahun ni masa aku terlalu sempit..aku cuma dapat berkumpul pada sebelah petang untuk menolong sedikit kemudian balik dan datang semula hanya sesudah bacaan Yassin habis..kira datang masa makan je. Kemudian terus tak berjumpa..kalau ada hikmat (pengaruh cerita Naruto) Kage Bunshin No Jutsu memang aku bahagi tiga diri aku...satu aku letak kat rumah opah supaya aku adapat join saudara mara aku, satu kat rumah mak ayah aku supaya aku boleh sambut saudara sebelah mak aku yang datang, dan satu lagi sebelah isteri pulak.

Memang banyak nak kongsikan kali ni..tapi lightroom pulak buat hal tak dapat aku nak buat watermark kat gambar secara besar-besaran..so gambar dan cerita akan bersambung pada masa lain hehehe

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons