Wednesday, August 21, 2013

DIY : Macro and Closeup with Smartphone Part 2

Salam,

*sambungan dari part1 yang aku rasa dah panjang sangat sebab banyak gambar, tapi aku memang suka bubuh gambar banyak2

Part 1

Hari ni aku nak kongsi sedikit modifikasi (ceh konon hebat sangat le bunyinye hehehe) yang aku buat masa cuti raya hari tu. Sedia maklum aku memang suka dengan kamera, lebih cenderung dengan genre makro. Ala yang ambil gambar serangga, gambar benda-benda kecik tu.

Untuk Part 2 aku nak shared something new..something yang agak exstream, melebihi kebiasan ceh ayat mau kasi gempak.

Apa yang kita perlu ialah sebuah kamera filem lama..Aku tak jamin semuanya akan menjadi seperti yang aku tunjukkan. Setiap kamera mempunyai lens yang berbeza dan mungkin resultnya jugak akan berbeza.

Lets We Begin.

Aku ada sebuah kamera filem yang dah tak digunakan jenis Olympus trip 505. Aku pernah nak bagi kat adik aku kamera ni tapi diorang taknak..yela nak kena beli filem lagi, nak beli bateri la semua benda leceh. 

What I Do?


my old film camera


Aku keluarkan lens depan dari kamera Olympus ni then aku attachkan depan lens Note2 aku.



DIY macro lens for smartphone

Jadi la macam ni rupanya..ini baru prototype..konsep lagi..masih memikirkan macam mana nak lekatkan lens tu supaya tak jatuh dan tak hilang. Aku gunakan plstik sebagai mounting dan pelekat untuk hold sementara aku fikirkan jalan terbaik supaya lens tu senang dipasang dan dibuka. Paling penting TIDAK MEROSAKKAN sebarang permukaan Note II.



Akhirnya aku jumpa penyelesaian terbaik..one who does not sacrifice anything cannot achive anything.

Aku leraikan kamera Olympus tu dan aku ambil mounting screw lens Olympus dari dalam kamera tu sebagai tapak dan aku lekatkan dekat casing smartpone. Sekarang aku boleh screw in lens tu bila aku nak bermakro dan bila aku tak nak aku boleh bukak dan simpan. Oleh kerana ini percubaan pertama hasil dia memang tak berapa nak kemas.




Perbezaan menggunakan lens dan tak menggunakan lens ni.


tanpa lens dengan fungsi fokus macro

dengan lens bersama fungsi fokus makro


Hasil makro/closeup dari Note II menggunakan cara ni..


Backlight yang agak bagus.



Very nice bokeh..



the best moment yang aku dapat capture masa mencuba tak percaya?

ada trick untuk menghasilkan bokeh camni..

Swirl effect

smartphone

Normal bokeh




Untuk info gambar-gambar ni tak melalui proses editting cuma tambah watermark je..straight out of camera (SOOC) dari Note II. Macamana nak menghasilkan bokeh yang separuh dan swirl pada gambar?

First rule simple untuk menghasilkan bokeh, aperture kena besar..tapi dengan kamera smartphone boleh ke kawal aperture? ok apa yang kita kena buat ialah jarak antara subjek dengan background mesti la jauh..

Second macamna nak dapatkan swirl bokeh dengan DIY ni? cara dia simple je..larikan sedikit (sedikit means sedikit) kedudukan lens tambahan supaya kedudukannya TIDAK sejajar dengan lens dari smartphone.

So kalau ada diantar korang yang mencuba DIY ni apa kata kongsikan dengan aku..


Pro :
Ringan dan mudah digunakan.
Hasil bokeh yang menarik
Kualiti gambar yang baik
Boleh menggunakan Flash

Kontra :
Masih mencari.

Selamat mencuba. Jangan pernah berhenti untuk berkreatif.

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons