Friday, August 2, 2013

Aturan Yang Maha Kuasa

Salam,

Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam..Syukur ke hadrat Ilahi, Tuhan yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Tak putus-putus doa kami berdua, dan kali ini aku merasakan yang aku telah cukup bersedia untuk menerima kehadiran ruh baru dalam hidup ini..Sekali pun masih samar, tapi ianya cukup untuk menundukkan kepala aku lantas bersujud syukur atas rahmat ini...

Hebat sungguh aturanMu Ya Rahman..

Kalau semalam (Isnin) aku bersedih, aku bertanya adilkah Kamu..Kau lantas memberikan jawapanMu..

Hanya berselangkan sehari (selasa)..mungkin ini ujian Kamu buat hambaMu yang lemah ini..hendak melihat sejauh mana aku tahu bersyukur..Sesungguhnya hambaMu ini amat lemah, ujian sekecil itu saja hambaMu tidak sabar..malah khufur akan nikmat yang selama ini Engkau kurniakan..


Selasa malam (30 Julai 2013) isteri aku telefon dari jauh suara tu semacam ada perkhabaran gembira hendak diceritakan..dalam tengah bersembang tiba-tiba isteri aku cakap 

"kalau nak semua duit kutu (bulan depan aku punya giliran,main kutu dgn officemate hehe) boleh tak?"

Aku cakap semua tak leh, separuh boleh pasal aku nak beli PS3..dia melarang. Selalunya tak pernah pulak isteri aku larang apa-apa yang aku nak, malah siap tolong lagi. Tapi kali ni dia tak bagi pulak aku habiskan duit aku untuk benda yang aku suka..

"Mana tahu kita nak guna untuk sambut orang baru" hint dekat situ..

Aku cakap kalau tak check mana nak tahu, kena la check supaya lebih bersedia..Aku tak nak kejadian yang sama berulang lagi seperti tahun lepas dimana isteri aku keguguran sebab dia tak tahu yang dia mengandung. Kemudian kitaorang sambung dengan Whatsapp...

 Soalan isteri aku "nak tahu ke tak result UPT tadi?or takut nak tahu?"

result UPT malam (selasa)


result UPT pagi (rabu) 01hb Ogos 2013 bersamaan 23 Ramadhan 1434
Ya Allah rahmatMu seluas alam, sekalipun aku tidak taat pada suruhanMu masih lagi diberikan rezeki yang datang dari segenap pelusuk muka bumi..Alhamdulillah..Hanya padaMu tempat memohon..

Reactions:

5 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons