Friday, July 5, 2013

Tragedi Cencaluk

Salam,

Serius ini memang lawak yang terjadi dekat aku..By the way ni 1st time aku beli cencaluk sebab aku berjalan  ke Melaka last week.

Apa yang terjadi memang tak dijangka langsung.. Memang aku tak tau langsung cencaluk ni ada gas yang akan meletup bila penutupnya dibuka. Sama macam tempoyak..

Aku mulanya dah perasan ada keluar gas bila penutupnya aku buka sedikit, aku ingatkan dah selesai la bila gas tu dah keluar rupanya sangkaan aku meleset sama sekali..KEBABOOM dia keluar terpercik sampai ke muka..


Actually hampir separuh dari isi cencaluk keluar..nampak macam banyak lagi kan?sebenarnya tak bila dah digoncang


Maka hari itu dicatat sebagai hari yang paling bersejarah : 
Hari Pertama aku membuka Cencaluk.30.06.2013


Baju ni terpaksa aku bilas dan rendam dulu sebelum basuh dengan baju lain..baru 1/2jam pakai sebenarnya dan baru lepas mandi...terpaksa mandi semula sebab badan rasa macam gatal-gatal sikit terkena air cencaluk tu.


So hari tu menjadi satu kerja pulak aku membersihkan dapur..dah alang-alang satu dapur aku sembur dengan air..haiya..sabar je la...

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons