Tuesday, July 30, 2013

Beli Baju Raya.

Salam,

Semua orang kat muka bumi Malaysia ni tahu..kalau tak 25hb setiap bulan atau awal sikit adalah tarikh gaji bagi penjawat awam. Kalau 25hb jatuh pada hari Jumaat,Sabtu atau Ahad tarikh gaji akan bertukar pada hari Khamis..

Last week gaji jatuh tepat 25hb dan pada hari Khamis..berkebetulan Jumaat pula cuti umum Nuzul Quran (disesetengah negeri termasuk Perak) isteri aku juga cuti dan kami bercadang untuk bershopping di Jalan TAR..tempat yang biasa orang berkunjung untuk membeli belah persiapan raya. Berbaki kurang dari 2 minggu memang sesuai sangat la kalau nak bershopping raya ni..tambahan plak gaji dah masuk..

Tapi aku ni ada penyakit tak suka kalau pergi tempat sesak-sesak ni..aku rimas tambahan kalau tak dapat apa yang aku cari..aku takkan pilih kawasan yang sesak hanya untuk cari barang yang kat tempat lain pun ada...Last year memang aku ke jalan TAR tapi takde la sesak bebenor..tahun ni aku jangkakan manusia dengan ulat taik sama banyak. Hahahaha

Ada 2 sebab kenapa aku cakap macam tu .
1. Orang dah gaji
2.Jumaat Cuti umum.

Memang pada mulanya aku pilih petang Jumaat untuk ke Kenanga Whole Sale dan terus singgah berbuka dekat rumah makcik aku dan selepas Maghrib boleh la shopping dekat Jalan TAR/Jalan Masjid India. Itu la rancangan asalnya, tapi terus bertukar bila selepas solat Jumaat aku sempat berjalan ke Dataran Kiblat/Kiblat Walk (betul ke ntah namanya) menghala terus ke bangunan PJH ada jualan dan booth-booth yang menjual pelbagai barangan..Ada baju melayu, baju kurung,jubah,tudung dan sebagainya macam kebiasaannya sesuatu jualan la..

seronok baju dah ada
Balik je dari solat Jumaat aku telefon isteri aku suruh bersiap datang office and then kitaorang pergi terus mencari kalau-kalau ada yang berkenan.

Untungnya apa yang dicari ade..dan paling mengejutkan aku bila isteri aku buat keputusan kurang dari 5 minit!!! Selalunya aku la orang yang paling tension bila bab mencari warna ke baju ke untuk isteri...dia punya mata untuk memilih tu menembusi setiap helai baju yang ada. Sampai aku bertanya 2,3x untuk memastikan kebenaran pilihan dia..

sesi try hehehe
Alhamdulillah tanpa menghabiskan kudrat dan masa yang lebih tak sampai sejam baju sedondon untuk tahun ni dapat dibeli di Putrajaya saja. Terselamat aku dari bersesak-sesak..harga ditawarkan pun berbaloi-baloi, untuk baju melayu lengkap bersama sampin hanya rm145 sahaja.

try jubah..dapat gak jubah sehelai
Kalau nak tau area Putrajaya ni ada jualan dari The Store (dekat dengan PJH) dan Metro (dekat PICC) dah takde dah....disebabkan baju melayu dah ada, isteri aku suruh aku cari t-shirt pulak..

sambung entry lain...

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons